Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga besar RAM adakan pertemuan di Bavang Gazo 2-3 Sept

- Oleh HENRY BATING

MATUNGGONG: Pertemuan KeluargaRu­runganAkiM­agalin (RAM) bakal menghimpun­kan generasi kelima hingga ketujuh keluarga itu di Rumah Panjang Bavang Gazo, di sini pada 2-3 September depan.

Pengerusi penganjur Jaslin M Manahut berkata pertemuan RAM bakal melakar sejarah tersendiri di mana ahli keluarga yang selama ini berselerak di pelbagai daerah di bahagian utara serta daerah lain di negeri ini bertemu sebagai ahli keluarga satu keturunan.

“Hari Keluarga RAM telah lama dirancang dan bakal mempertemu­kan ahli keluarga secara bersemuka di mana selama ini sebahagian besar ahli hanya berkenalan melalui media sosial,” katanya.

Beliau memaklumka­n perkara itu selepas mengadakan mesyuarat terakhir baru-baru ini dengan menjangkak­an majlis itu juga bakal menghimpun ahli keluarga yang menganut pelbagai agama.

Jaslin berharap seluruh keturunan Magalin dapat menghadirk­andirideng­anunjuran 10 bersaudara seketuruna­n mengenakan warna tema masingmasi­ng yang telah ditentukan bagi memudahkan sesi perkenalan.

Warna-warna tema yang telah ditentukan terdiri daripada Ruludan (merah), Mangandul (oren), Monginggal (hitam), Sandawon (putih), Madandi (biru), Bolihai (krim), Sonihai (merun), Inongkian (hijau), Magani (kuning) dan Manahut (ungu).

Pertemuan keluarga itu juga telah memutuskan salah seorang ikon keturunan RAM dipilih merasmikan perkumpula­n itu berdasarka­n pencapaian dalam pelbagai bidang dan penampilan menonjol dalam masyarakat.

Ikon itu ialah Sazaly Donol, 55, seorang peguam yang mengendali­kan firma guaman di Kota Kinabalu dengan kejayaan mendidik anak-anak menjadi peguam, doktor dan pelbagai bidang profesiona­l.

 ??  ?? JASLIN
JASLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia