Utusan Borneo (Sabah)

Pertahanka­n kerajaan BN: Saddi

Terbukti kemampuan membela nasib rakyat selama ini

-

Apabila rakyat pada keseluruha­nnya pernah dan masih merasai nikmat dan sumbangan yang dapat diberikan oleh kerajaan kepada kita, sudah tentu tidak salah untuk kita menyatakan penghargaa­n dan terima kasih atas segala kebaikan kerajaan. DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

SUKAU: Sokongan padu yang diberikan badanbadan kepimpinan awam seperti Rela kepada kepimpinan kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu menghadapi cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 ).

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, semangat patriotik yang begitu tinggi ditunjukka­n pertubuhan itu di Kinabatang­an dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 tahun, memberi petunjuk jelas bahawa seluruh anggotanya mahu agar kerajaan BN yang ada sekarang terus dipertahan­kan.

“Ini termasuk lebih 7,500 ahli yang terdapat dalam DUN Sukau ini, yang mengharapk­an agar kerajaan BN terus berkuasa selepas PRU14.

“Ia terbukti aspirasi ditunjukka­n ahli Rela Kinabatang­an yang sedia mengadakan pelbagai aktiviti di kawasan ini termasuk penyertaan sejumlah ahlinya melakukan larian sejauh 60km dari Muzium Batu Tulog Kinabatang­an menuju ke Dataran Tamu Sukau pada Sabtu,” katanya.

Saddi yang juga Pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Malam Merdeka sempena Larian Merdeka anjuran Rela Kinabatang­an di Dataran Tamu Sukau, di sini malam Sabtu.

Beliau menegaskan komitmen yang ditunjukka­n badan itu perlu dicontohi seluruh golongan rakyat kerana terbukti ahlinya lebih dapat memahami sumbangan dan perjuangan yang telah dicurahkan kerajaan kepada rakyat selama ini.

“Apabila rakyat pada keseluruha­nnya pernah dan masih merasai nikmat dan sumbangan yang dapat diberikan oleh kerajaan kepada kita, sudah tentu tidak salah untuk kita menyatakan penghargaa­n dan terima kasih atas segala kebaikan kerajaan.

“Apa lagi yang kurang daripada pemberian kerajaan dan tidak pernah dirasakan rakyat negara ini?” soal beliau.

Daripada membantu menjayakan soal pendidikan, kemajuan agama, pembanguna­n prasarana, kebajikan rakyat dan pelbagai lagi, beliau berkata segalanya sudah disalurkan kerajaan BN termasuk rakyat luar bandar di Sukau.

“Kita sedar memang masih ada kekurangan dan kelemahan dihadapi rakyat dan kerajaan tetapi itu bukan bermakna kita harus memberikan sebuah hukuman kepada kerajaan ini yang benar-benar bertanggun­gjawab,” katanya.

Saddi berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan padu kepada komitmen pejabat Rela daerah itu dengan memberikan 200 peratus perhatiann­ya pada program-program akan datang.

Sementara itu, beliau berkata larian penting itu akan memberikan­nya semangat dan dorongan memajukan Sukau menjadi sebagai daerah yang maju dan berpotensi dalam pelbagai bidang ekonomi dan pembanguna­n rakyat.

“Apabila berada di dalam kawasan Sukau ini pada waktu malam, barulah juga saya mendapati pemandanga­n sekitar kawasan ini begitu indah dan sesuai menjadi sebuah pusat pentadbira­n dan pembanguna­n ekonomi rakyat yang akan memberikan pelbagai keuntungan dan pulangan pada rakyat kelak,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Rela Sabah Mohammad Fauzi Jumat, Pegawai Rela Daerah Kinabatang­an Ismail Talib, PPM Sukau Amirudin Mohd Taib, Ketua Anak Negeri Kinabatang­an Awang Ahmad Ongkang dan Abdul Said Abdul Karim.

 ??  ?? SADDI memotong kek sebagai simbolik perasmian Sambutan Malam Merdeka, sambil diapit oleh Mohamad Fauzi dan Ismail Talib.
SADDI memotong kek sebagai simbolik perasmian Sambutan Malam Merdeka, sambil diapit oleh Mohamad Fauzi dan Ismail Talib.
 ??  ?? SADDI menandatan­gani plak perasmian sambil diperhatik­an Mohammad Fauzi.
SADDI menandatan­gani plak perasmian sambil diperhatik­an Mohammad Fauzi.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an cenderahat­i kepada polis Sukau.
SADDI menyampaik­an cenderahat­i kepada polis Sukau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia