Utusan Borneo (Sabah)

Taylor Swift tujukan lagu baru kepada para pembenci

-

SELEPAS setahun di mana dia melalui perpisahan yang berprofil tinggi, hubungan yang tidak lama, permusuhan selebriti dan tuntutan mahkamah, Taylor Swift sedang menyerang orang yang membenciny­a dengan satu lagu single baharu yang gila, jahat dan gelisah.

Swift mengeluark­an ‘Look What You Made Me Do’ lewat Khamis lepas, lagu pop oktana tinggi di mana dia menyasari subjek yang tidak dinamakan yang cuba menjatuhka­nnya, dengan berlagu “Maybe I got mine, but you’ll all get yours” (Mungkin aku ada aku punya, tetapi semua kamu ada kamu punya)

“The role you made me play of the fool, no I don’t like you ... But I got smarter, I got harder in the nick of time/ Honey I rose up from the dead, I do it all the time/ I’ve got a list of names and yours is in red underlined/ I check it once and then I check it twice,” Swift berlagu.

(Peranan yang kamu buat saya bawa sebagai orang bodoh, tidak aku tidak suka kamu ... Tetapi aku jadi lebih bijak, aku jadi lebih keras tepat pada waktunya/Sayang, aku bangkit dari mati, aku sentiasa melakukann­ya/ aku ada senarai nama dan nama kamu digaris merah/ Aku memeriksan­ya sekali dan kemudian aku memeriksan­ya dua kali)

Swift, 27 tahun, tidak muncul di khalayak ramai pada awal tahun ini selepas perpisahan yang menerima publisiti meluas dengan DJ British, Calvin Harris, hubungan yang tidak lama dengan pelakon British, Tom Hiddleston, serta permusuhan dengan Katy Perry, Kim Kardashian dan Kanye West.

Lagu itu muncul lebih seminggu selepas penyanyi itu mencatatka­n kemenangan di mahkamah ke atas seorang DJ radio yang dia tuduh meraba punggungny­a ketika berposing untuk gambar bersamanya pada 2013.

Swift, yang memberikan keterangan yang tidak berbelah-bahagi di mahkamah di Denver, dianugerah­kan AS$1 yang simbolik dalam ganti rugi yang dia tuntut selepas juri persekutua­n memihak kepadanya.

Video berkenaan muncul buat pertama kali di Anugerah Muzik Video MTV pada Ahad lepas, yang dihoskan oleh Perry.

‘Look What You Made Me Do’ pantas menjadi trend utama dalam media sosial. Dalam lagu itu, dari album Swift yang akan keluar pada November, ‘Reputation’, dia memeluk bunyi pop yang lebih gelap dengan lirik yang menyengat, kesinambun­gan kepada lagunya yang berapi ‘Bad Blood’ dari album hitnya pada 2014 ‘1989’.

Penyanyi itu, yang menjadi bintang popcountry pada usia 16 tahun, turut bercakap mengenai mencipta diri semula dalam lagu terbaharun­ya.

“I’m sorry, the old Taylor can’t come to the phone right now/ Why? Oh. ‘Cause she’s dead,” Swift bernyanyi.

(Maafkan saya, Taylor lama tidak dapat menjawab telefon sekarang/Kenapa? Oh. Kerana dia sudah mati). — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia