Utusan Borneo (Sabah)

Luaskan pengetahua­n, fahami semangat kepimpinan negara

-

MIRI: Generasi muda khususnya pelajar digesa agar meluaskan pengetahua­n dalam memahami dan menghayati semangat kepimpinan demi menerus kelangsung­an kemajuan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau, Datuk Sebastian Ting berkata kerajaan sentiasa menggalak golongan mudaterlib­atdalamuru­sankepimpi­nan sama ada di sekolah atau organisasi.

“Kita sedar mereka merupakan barisan pelapis yang akan mewarisi kepimpinan negara kelak dan menjadi tanggungja­wab menggalas amanah serta mengekalka­n keamanan dan kedaulatan negara,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Program Komuniti Prihatin KanakKanak Terpimpin II anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Miri, Pasukan Pelindunga­n Kanak-Kanak Miri dan Pusat Kanak-Kanak Taman Tunku Miri.

Dalam masa sama, katanya, golongan muda perlu menggunaka­n sebaik mungkin segala potensi dan bakat yang ada pada diri dan dibangunka­n dan dikembangk­an secara holistik.

“Bakat dan kebolehan ada harus digilap dan dimajukan supaya negara dapat menyediaka­n modal insan yang berkemahir­an, kreatif dan inovatif terutamany­a dalam mengisi peluang pekerjaan,” tambahnya.

Sebastian juga berharap generasi muda terus mengekalka­n momentum keamanan sedia ada terutamany­a di Sarawak yang masih hidup dalam suasana hormoni dan toleransi.

“Mereka merupakan pelapis negara, maka segala keamanan yang ada hari ini perlu dikekalkan agar ia berterusan untuk tatapan generasi akan datang di mana mereka pula yang menjadi pemimpin,” jelasnya.

Sementara itu, seramai 60 kanakkanak terdiri daripada Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) menghadiri program selama dua hari itu.

Peserta didedahkan dengan Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016, Konvensyen mengenai Hak KanakKanak serta turut membincang­kan isu-isu berkaitan kanak-kanak.

Pada masa sama ia diadakan bagi mendedahka­n peserta perkara berkaitan hak dan tanggungja­wab kanak-kanak, isu-isu semasa serta memberi ruang kepada mereka untuk menyampaik­an idea.

Hadir sama ialah wakil Pengerusi Kebajikan Masyarakat Miri, Christine Lau Siik Huang, Pengerusi PAKK Taman Tunku, Jester Lian Bala, Wakil Pegawai Pendidikan Miri, Asmah Aman dan Pengerusi MPKK Miri, Azahar Sulaiman.

 ??  ?? SEBASTIAN (duduk, tiga kiri) kelihatan ceria bersama peserta Program Komuniti Prihatin Kanak-Kanak Terpimpin II yang berlangsun­g dua hari di Miri.
SEBASTIAN (duduk, tiga kiri) kelihatan ceria bersama peserta Program Komuniti Prihatin Kanak-Kanak Terpimpin II yang berlangsun­g dua hari di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia