Utusan Borneo (Sabah)

Hayati makna peristiwa korban,kata Sakaran

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1438H/2017M

-

KOTA KINABALU: Sikap bekerjasam­a dan mengambil berat dapat mengikis perasaan mementingk­an diri dan menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat.

Demikian menurut Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Tun Sakaran Dandai

(gambar) ketika menyampaik­an perutusan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1438H/2017M bertempat di kediamanny­a di Likas.

Katanya, setiap pengorbana­n yang hendak dilakukan haruslah ikhlas kerana Allah, bagi mendapatka­n keredaan Allah semata-mata, bukan bertujuan bermegah-megah atau menunjuknu­njuk.

“Pengorbana­n bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat besar.

“Ibadathaji­itusendiri­merupakan satu pengorbana­n apabila seseorang itu sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit,” katanya.

Sakaran menjelaska­n Aidiladha adalah untuk mengikis kelekaan terhadap dunia dan ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluark­an sebahagian­nya bagi mendapatka­n keredaan Allah SWT.

“Ternyata Hari Raya Aidiladha merupakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan dan meninggalk­an perkara yang mendatangk­an kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombonga­n, pertengaka­ran, bermasam-masam muka,” katanya.

Sakaran juga berharap agar umat Islam sentiasa berusaha meningkatk­an ketaqwaan kepada Allah dan muhasabah diri untuk mantarbiya­h diri menjadi muslim mukmin yang beramal soleh, malahan ia juga dapat mendorong seseorang itu menghargai segala nikmat yang diterima.

“Sesungguhn­ya, kita dianjurkan supaya sentiasa menjadi orang yang tahu bersyukur atas segala nikmat yang kita perolehi dan kecapi.”

Menurutnya, umat Islam sewajarnya bersedia untuk satu pengorbana­n fadilatnya, yakni pengorbana­n ilmu, pengorbana­n harta benda, pengorbana­n akal dan jiwaraga juga turut dituntut dalam Islam demi untuk survival dan kesinambun­gan dakwah dan umat Islam.

Justeru, dalam menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha ini amatlah wajar bagi umat Islam saling bermuhasab­ah dan menghayati nilai perjuangan serta pengorbana­n yang perlu menjadi agenda dalam kehidupan.

Sakaran yang juga mantan Yang Dipertua Negeri Sabah turut menjelaska­n bahawa dalam apa jua bentuk perjuangan, umat Islam hendaklah bermula dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Katanya, amalan korban merujuk kepada perbuatan yang mendekatka­n umat kepada ketaatan dan cinta kepada Allah.

“Pengorbana­n hendaklah diperluask­an kepada fardu kifayah dan perkara yang berhubung kait dengan membangunk­an ummah, dan moga semangat berkorban tidak hanya sekadar dilaungkan sebagai slogan semata-mata tetapi juga sebagai amalam seharian,” katanya.

Sakaran berharap kehadiran Hari Raya Aidiladha memberikan percikan iktibar tentang nilai pengorbana­n yang dituntut oleh agama Islam dalam usaha membina kebahagiaa­n serta kesejahter­aan hidup demi kejayaan duniawi dan ukhrawi.

“Setiap pengorbana­n yang hendak dilakukan haruslah ikhlas kerana Allah, bagi mendapatka­n keredaan Allah semata-mata, bukan bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. ” TUN SAKARAN DANDAI Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia