Utusan Borneo (Sabah)

Ugut: Dua lelaki tempatan ditangkap polis

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU:Polis menangkap dua lelaki tempatan yang melakukan kesalahan kes ugutan jenayah di Nabawan dan Keningau pada bulan ini.

Kedua-dua suspek masing-masing berumur 25 dan 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­den Ahmad Jawila berkata dalam kes yang berlaku di Nabawan, pengadu lelaki berumur 56 tahun membuat laporan polis mengatakan pada 3 Ogos sekitar jam 5 petang diugut bunuh oleh suspek di rumahnya di sebuah kampung di Nabawan.

“Sisatan awal mendapati suspek merupakan anak buah pengadu di mana, pada hari sama sekitar jam 2 petang, pengadu bersama isteri keduanya pergi ke kebun getah milik mereka di kampung itu.

“Ketika menanam anak pokok getah, pengadu diteriak oleh suspek dan disebabkan pengadu dan isterinya takut telah pulang ke rumah mereka. Sekitar jam 5 petang hari sama, pengadu didatangi suspek yang mengeluark­an parang dan mengacukan parang itu kepada pengadu dengan kata-kata ugutan,” katanya.

Ahmad berkata, pengadu yang dalam keadaan ketakutan mendiamkan diri dan isteri pengadu telah bertindak merampas parang itu dari tangan suspek.

Katanya, suspek mengambil kembali parang miliknya di belakang kereta pengadu dan terus beredar.

Menurut beliau, pengadu dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan dan motif kejadian adalah kerana suspek dan pengadu mempunyai dendam lama berkenaan tanah pusaka yang belum diselesaik­an.

Beliau berkata, pada 22 Ogos jam 7 malam, sepasukan polis cawangan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau diketuai oleh Inspektor Zulhelmi telah menangkap suspek untuk siasatan lanjut.

Sementara, dalam kes ugut di Keningau, pengadu lelaki berumur 40 tahun membuat laporan polis pada 21 Ogos jam 9.07 malam mengatakan pada hari sama jam 7 malam, dia diugut oleh adik kandungnya (suspek) menggunaka­n parang di rumahnya di sebuah kampung di sini.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di luar rumah milik ibu pengadu dan semasa kejadian suspek berada di atas rumah bersama dua rakannya.

Ahmad berkata, pengadu bimbang suspek melakukan kegiatan menghisap syabu di tingkat atas rumah dan meminta suspek turun dan berbincang di tingkat bawah.

 ??  ?? AHMAD (tengah) menunjukka­n parang yang digunakan oleh salah seorang suspek. Turut kelihatan, Ketua JSJ Keningau ASP Lee Nyuk Kim dan pegawai penyiasat Inspektor Zulhelmi.
AHMAD (tengah) menunjukka­n parang yang digunakan oleh salah seorang suspek. Turut kelihatan, Ketua JSJ Keningau ASP Lee Nyuk Kim dan pegawai penyiasat Inspektor Zulhelmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia