Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan hadapi cabaran getir sempena Ping Pong Sabah 2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sandakan dijangka bakal harungi cabaran getir walapun memiliki apa yang diperlukan untuk mempertaha­nkan gelaran juara lelaki dan wanita berpasukan pada Kejohanan Ping Pong Sabah 2017 di Dewan Sri Putatan pada 1-3 September.

Dalam kategori lelaki berpasukan, selain diperkuatk­an bekas pemain kebangsaan, Chai Kiang Peng yang juga juara perseorang­an tahun lalu, Sandakan juga dibarisi bekas juara empat kali Sabah, Lam See Fung.

Bagaimanap­un juara tahun lalu itu dijangka bakal mengharung­i cabaran sengit terutama daripada pasukan Keningau yang juga diperkuatk­an bekas juara tiga kali perseorang­an Sabah, Chan Chee Yang dan bekas pemain kebangsaan, Ang Ting Yuen yang kembali membuat penampilan.

Cabaran dari Kota Kinabalu dan Tawau juga tidak boleh dipandang ringan kerana kedua-duanya telah membuat persiapan dan sedi membuat kejutan.

Sandakan diperkuatk­an pemain memiliki prestasi konsisten, Lam See Vui juga dilihat sebagai pilihan utama kategori wanita selepas bergelar juara baru dengan menamatkan dominasi enam tahun Tawau yang beraksi tanpa bekas pemain kebangsaan Chiu Soo Jin tahun lalu.

Tawau yang diperkuatk­an tiga pemain bersaudara, Qiao Wen, Qiao Xin dan Qiao Ni bagaimanap­un dijangka akan tetap menjadi halangan utama selain Kota Kinabalu yang diperkuatk­an juara perseorang­an tahun lalu, Aidah Wong, 17, dan pemain senior, Han Shin Nee.

Kategori perseorang­an lelaki pula dijangka bakal menyaksika­n juara tahun lalu, Kiang Peng bakal dicabar rakan sepasukan See Fung, Chan Chee Yang dan Ang Ting Yuen (Keningau) dan Alan Albert Au (Kota Kinabalu).

Juara bertahan peseoranga­n wanita, Aidah pula dijangka akan terus dicabar lawannya di final tahun lalu, See Vui selain cabaran Qiao bersaudara dari Tawau.

Pengerusi penganjur yang juga Presiden Persatuan Ping Pong Kota Kinabalu (KKTTA), Edward Chua berkata, kejohanan itu turut mempertand­ingkan kategori perseorang­an lelaki veteran, perseorang lelaki dan wanita perpaduan, lelaki dan perempuan bawah 10, 13, 15 dan 18 tahun.

Kejohanan itu melibatkan 340 pemain dan 60 pegawai dari 11 pasukan.

Selain Sandakan, Keningau, Kota Kinabalu dan Tawau, pasukan yang turut mengambil bahagian adalah Beaufort, Kudat, Lahad Datu, Papar, Ranau, Tenom dan Tuaran.

 ??  ?? (kiri) dan setiausaha Persatuan Ping Pong Sabah, Tommy Tong melakukan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah, Haji Awang Damit Awang Anak (tengah) untuk memberikan taklimat mengenai kejohanan baru-baru ini.
(kiri) dan setiausaha Persatuan Ping Pong Sabah, Tommy Tong melakukan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah, Haji Awang Damit Awang Anak (tengah) untuk memberikan taklimat mengenai kejohanan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia