Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Badak bersiap awal

Jelius Ating tidak mahu membazir masa walau sehari

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Jelius Ating tidak mahu membazir masa walau sehari, kerana beliau percaya lebih awal Badak bersedia, lebih cerah masa depan yang akan diteroka oleh skuad itu musim hadapan.

Belum pun Liga Perdana musim ini tamat, ketua jurulatih Sabah itu sudah memanggil segenap tenaga berbakat yang dikenalpas­ti beliau untuk berlatih dan diuji kekuatan serta kebolehan mereka untuk diletak dalam senarai awal menghadapi Liga Perdana 2018.

Mereka yang dipanggil termasuk para pemain dari skuad Piala Belia, Piala Presiden serta pemain dari pasukan yang sebelum ini beraksi di Liga FAM, untuk berlatih bersama skuad senior Sabah.

“Antara tujuan kita memanggil pemain-pemain ini ialah untuk membentuk serta memberi pendedahan awal kepada mereka untuk menyesuaik­an diri berlatih bersama skuad senior.

“Di samping itu, kita juga mahu mereka memperbaik­i teknik masing-masing dan sekiranya kita rasa sesuai, mereka boleh diserap ke dalam skuad utama pada musim hadapan, “jelas beliau pada Isnin.

Jelius berkata, masa yang terluang ketika ini sangat sesuai untuk menilai serta membentuk pasukan, ini kerana Sabah juga telah terselamat dari zon penyingkir­an.

“Kita kena buat perancanga­n dan persiapan lebih awal kerana kita tidak mahu persiapan dilakukan pada saat-saat akhir seperti mana yang berlaku beberapa musim lalu.

“Kita perlu manfaatkan segenap masa terluang yang kita ada. Tiada masa untuk berehat,” tegas beliau.

Pasukan itu baharu sahaja mengadakan perlawanan persahabat­an menetang pasukan Pilihan Ranau pada Sabtu dengan kemenangan 6-0.

“Antara tujuan kita memanggil pemainpema­in ini ialah untuk membentuk serta memberi pendedahan awal kepada mereka untuk menyesuaik­an diri berlatih bersama skuad senior. JELIUS ATING Ketua Jurulatih

 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia