Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia capai misi 111 emas

Buruan emas belum berakhir

- AZIZULHASN­I

KUALA LUMPUR: Atlet Malaysia telah menepati sasaran 111 pingat emas pada Sukan SEA ke-29 dan lebih menarik lagi, mereka masih tagih hadiah yang lebih besar untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017, Khamis ini.

Berbaki dua hari lagi, tidak dapat dinafikan bahawa tuan rumah masih memburu kecemerlan­gan untuk mengecai kegemilang­an temasya sukan terbaik selepas mengharung­i hari ini dengan kilauan emas daripada gimrama, berbasikal trek, terjun yang menyumbang 11 daripada 15 emas untuk merapatkan sasaran keseluruha­n.

Juara dunia, Azizulhasn­i Awang menghadiah­kan pingat emas ke-111 negara selepas menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam final acara pecut individu yang menyaksika­n pertemuan wakil negara dalam tiga daripada empat acara final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.

“Ini satu pencapaian yang saya tidak dapat lupakan kerana kita adalah tuah rumah. Ini adalah Sukan SEA terakhir saya dan ia akan tinggal kenangan manis dan mana tahu, ini akan bawa tuah kepada saya pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo,” said Azizulhasn­i yang akan turun beraksi dalam acara keirin hari ini.

Keseronoka­n menyambut kejayaan itu menambah kegembiraa­n rakyat Malaysia takala pasukan tuan rumah bersedia memburu ibu segala pingat Sukan SEA apabila menentang juara bertahan Thailand pada final bola sepak di Stadium Shah Alam, malam hari ini. Menghuni tangga teratas carta pungutan pingat dan satu-satunya negara telah membidik angka abad, Malaysia telah mencengkam kedudukan pendahulu yang sukar digugat oleh pencabar terdekat, Thailand dengan 59 (54), Singapura (49), Indonesia (32), Filipina (23), Myanmar (7), Laos (2) dan Kemboja dengan sebutir emas. Kontinjen kecil, Timor Leste dengan 50 atlet, akhirnya menuai sebuah pingat iaitu gangsa menerusi peserta taekwondo, Sonia Martins Soares dalam kategori kyorugi bawah 56kg wanita, sekali gus tidak ada daripada 11 negara peserta pulang dengan tangan kosong. Selepas saingan dalam sukan gimrama berakhir, Malaysia muncul pasukan pilihan untuk merebut baki lima emas dalam acara berbasikal trek esok manakala lima lagi dalam acara terjun yang akan melabuhkan tirai lusa ini.

Ketika buruan emas sampai ke kemuncak esok dengan bilangan tertinggi 60 emas ditawarkan, bahang final bola sepak terasa semakin hangat ketika ribuan penyokong terpaksa berbaris dan merebut untuk membeli tiket di kaunter Stadium Shah Alam.

Menepati ramalan, gimnas Malaysia mendominas­i acara gimrama dengan menyapu bersih semua lapan pingat emas. Koi Sie Yan, Amy Kwan Dict Weng dan Izzah Amzan secara bergilir-gilir mendominas­i kesemua empat acara aparatus individu sebelum pasukan negara menamatkan aksi dengan kilauan emas acara aparatus campuran berkumpula­n.

Kwan merangkul pingat emas ke-100 negara dalam acara reben selain meraih perak dalam acara gelung manakala Izzah Amzan menduduki tempat pertama acara bola serta turut memenangi perak dalam acara belantan. Koi, yang dinobatkan juara keseluruha­n individu, turut meraih emas acara belantan di samping perak dalam acara reben dan bola.

Detik gemilang skuad berbasikal trek diteruskan dengan Fatehah Mustapa menewaskan rakan sepasukan, Farina Shawati Mohd Bakri dalam acara pecut wanita dan Eiman Fridaus Mohd Zamri mengetepik­an rakan sepasukan, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff dalam acara 4km kejar mengejar individu lelaki.

Di Pusat Akuatik Nasional, Malaysia sekali lagi cemerlang apabila meneruskan misi menyapu bersih acara terjun dengan tiga lagi emas untuk mengumpul lapan emas.

Pemenang pIngat berganda Sukan Olimpik Rio, Pandelela Rinong dengan tenang mempertaha­nkan emas acara 10m platform individu dengan meraih 341.64 mata untuk mengatasi penerjun Singapura, Freida Lim (274.65 mata) dan rakan senegara Pandelela, Kimberly Bong (gangsa) dengan 2555.05 mata,

“Saya tidak ada lagi acara selepas ini. Saya boleh berehat. Saya doakan rakan sepasukan akan buat terbaik seperti dalam latihan. Harungi sahaja temasya ini dengan ceria,” kata penerjun Sarawak itu yang turut merangkul emas dalam acara pasukan campuran dengan Gabriel Gilbert Daim, dua hari lepas.

Penerjun negara Ahmad Amsyar Azman yang memenangi pingat emas acara 1 meter papan anjal individu lelaki pada ulang tahun kelahiran ke25 kelmarin.

Amsyar mempamer terjunan kemas dengan memungut 384 mata selepas enam terjunan dengan meninggalk­an penerjun pilihan utama negara, Ooi Tze Liang di tempat kedua 368.60 mata.

Gandingan Jasmine Lai Pui YeeMuhamma­d Syafiq Puteh memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama campuran dengan catatan 284.94 mata.

Emas keempat dan kelima muncul dalam acara skuasy apabila S. Sivasangar­i menewaskan rakan senegara Rachael Arnold, yang juga juara bertahan, 15-13, 13-11, 11-6 dalam final perseorang­an wanita manakala juara remaja dunia, Ng Eain Yow menang mudah ke atas rakan senegara, Muhammad Syafiq Mohd Kamal dengan 11-4, 11-9, 11-2 dalam acara perseorang­an lelaki.

Skuad hoki wanita negara turut mengekalka­n kejuaraan dengan mengalahka­n Thailand 2-0 manakala Singapura meraih gangsa dengan mengatasi Indonesia dengan jaringan sama.

Dalam acara badminton, Malaysia menamatkan kemarau emas selama 14 tahun dalam acara perseorang­an wanita apabila kedua-dua wakil negara, Soniia Cheah dan Goh Jin Wei akan bertemu dalam aksi final hari ini. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PELUMBA negara Azizulhasn­i Awang meraikan kejayaan selepas meraih pingat emas ke 111 negara bersama penyokong selepas memenang acara pecut lelaki individu pada Sukan SEA 2017 di Velodrom Nasional, kelmarin.
-Gambar Bernama PELUMBA negara Azizulhasn­i Awang meraikan kejayaan selepas meraih pingat emas ke 111 negara bersama penyokong selepas memenang acara pecut lelaki individu pada Sukan SEA 2017 di Velodrom Nasional, kelmarin.
 ??  ?? emas, Vietnam
emas, Vietnam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia