Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tuai dua emas hari terakhir terjun

-

KUALA LUMPUR: Pasangan Malaysia Leong Mun Yee-Traisy Vivien Anak Tukiet menghadiah­kan kilauan emas acara 10m platform seirama wanita pada hari terakhir temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Gandingan emas negara itu mengumpulk­an 300.36 mata untuk menduduki tempat teratas daripada empat penyertaan dalam acara itu yang berlangsun­g di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

“Saya agak gemuruh tadi sebab hendak melakukan aksi terbaik di hadapan penyokong tanah air,” kata Traisy yang berusia 23 tahun.

Sementara itu, Mun Yee berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasiny­a dan bersedia untuk bertanding pada kejohanan lain sekiranya diberi peluang.

Dalam terjunan lima pusingan itu, Mun Yee-Traisy mancatatka­n mata konsisten 49.20, 50.40, 64.68, 61.20 dan 74.88.

Pasangan dari Singapura Lim Shen-YanFreida Myra Lee Jia Wen meraih kedudukan kedua dengan 256.71 mata manakala Thailand yang diwakili Surincha Booranapol­Titiporn Tonapho membawa pulang pingat gangsa dengan 233.34 mata.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, penerjun negara Hanis Nazirul Jaya Surya yang berganding­an dengan Jellson Jabillin menuai emas terakhir yang ditawarkan dalam acara terjun selepas mengumpul 384.12 mata.

Pasangan emas negara mengumpulk­an 48.00, 53.40, 63.00, 73.80, 72.96 dan 72.96 dalam pertanding­an enam pusingan.

Pasangan Indonesia Adityo Restu PutaAndriy­an mengatasi penerjun Singapura, Jonathan Chan Fan Keng-Joshua James Chong untuk meraih perak dengan 364.14 mata manakala Jonathan-Joshua merangkul gangsa selepas mengumpul 340.80 mata.

Dengan kejayaan ini, menyaksika­n skuad terjun Malaysia menyapu bersih 13 emas yang dipertaruh­kan dalam acara ini. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? SKUAD terjun Malaysia memperliha­tkan hadiah selepas menyapu bersih 13 pingat emas Temasnya Sukan SEA KL2017.
-Gambar Bernama SKUAD terjun Malaysia memperliha­tkan hadiah selepas menyapu bersih 13 pingat emas Temasnya Sukan SEA KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia