Utusan Borneo (Sabah)

Clarice J. Matha bakal muncul album kompilasi 5D

Penglibata­n Clarice J. Matha dalam industri hiburan Sabah tidak pernah pudar

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

W

AJAHNYA sering muncul mewarnai industri muzik tempatan mahupun filem, namun populariti yang diraih Clarice John Matha dikatakan kurang menyerlah sejak kebelakang­an ini.

Membina karier seawal usia muda sememangny­a banyak memberikan cabaran buat dirinya. Sudah menjadi lumrah dalam industri seni ada pasang dan surut, Clarice juga tidak terkecuali berhadapan dengan situasi ini.

Digalas dengan bakat nyanyian dan personalit­i yang dikagumi, penyanyi etnik Dusun ini mengakui masih aktif dalam industri sekitar Sabah meskipun jarang menghiasi kaca tv. Ibu kepada empat orang anak ini masih menerima pelbagai undangan sebagai artis jemputan dan konsert.

Mula menceburi bidang nyanyian sejak 1999, Clarice mengeluark­an beberapa album kompilasi dan empat album solo berjudul ‘Clarice’ Volume 1,2,3 dan 4. Pernah Berkolabor­asi dengan Abu Bakar Ellah, Adam AF, Emjay M. Yasin, Atama dan Lydia Kalidin, lagunya sering dimainkan di corong radio tempatan.

Di bawah naungan Skyline Production bermula 2004 sehingga 2009, Clarice yang berbakat dalam bidang lakonan pernah tampil dalam filem dan telefilem seperti Hominodun, Orang Kita, PTI 1, PTI 2, Cinta Itu Anugerah dan Sindiket.

Selain muncul dalam drama tv RTM seperti Pidik Merdeka, Ambuyat Vs Tuhau, Srikandi dan Unduk Ngadau, Clarice pernah mencabar diri dengan penglibata­n dalam pementasan teater Hominodun dan Kaamatan suatu ketika dahulu.

Antara pencapaian yang dirangkul beliau termasuk Anugerah Pelakon Wanita 2008 (PERTISA), Anugerah Penyanyi Pilihan 2012 (PARAS) dan Juara CLAS 2015 Anjuran RTM KK.

Clarice juga menerbitka­n dua mini album bertajuk ‘Nasuha’ @ Nurul Atiqah 2014 terbitan KKMP Production dan Molohing 2016 terbitan Skyline Production. Clarice turut menjadi komposer dan penulis lirik untuk beberapa artis tempatan seperti Auni Nabila, Francis Au, Ferady, Fred Joane dan Zie Ana.

Dilihat sebagai idola, Clarice aktif dalam persatuan muzik dan artis sekitar Sabah dalam berkongsi pengalaman, mengacara dan menjadi juri. Selain mengelola Matha’z Entertainm­ent, beberapa album kompilasi dan single dari Clarice masih dalam proses pembikinan.

Dalam masa terdekat juga Clarice bakal muncul dengan album kompilasi 5D (Dimensi) menggabung­kan 5 etnik termasuk Kadazan, Dusun, Rungus, Bisaya dan Murut. Album 5D paduan tenaga dari Clarice, Diana Clevon Monjuil, Keydeet, Emjay M. Yasin dan Dony.

Dengan bakat dan gaya mempersona, beliau juga aktif dengan program amal dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Clarice terlibat program Amal Telesemia dan Konsert Artis Sabah bakal dilangsung­kan di Keningau dalam masa terdekat.

Artis Wanita Popular KDCA 2015 ini juga bakal tampil dalam Konsert Rhythm Of Kinabalu anjuran JKKN Sabah pada 9 September. Untuk mengikuti perkembang­an semasa Clarice boleh mengikuti laman sosial Facebook : Clarice J. Matha Official

 ??  ??
 ??  ?? CLARICE John Matha penyanyi etnik dusun dan pelakon tempatan.
CLARICE John Matha penyanyi etnik dusun dan pelakon tempatan.
 ??  ?? MEMPERAGAK­AN pakaian etnik semasa promosi album.
MEMPERAGAK­AN pakaian etnik semasa promosi album.
 ??  ?? CLARICE semasa menerima anugerah dalam bidang nyanyian.
CLARICE semasa menerima anugerah dalam bidang nyanyian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia