Utusan Borneo (Sabah)

BERFIKIR SECARA MATANG Sokongan komuniti Cina kepada BN penting

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Komuniti Cina di Sabah perlu berfikir secara matang sama ada mereka perlu terus menyokong pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memandangk­an kehidupan komuniti ini tidak mempunyai kemajuan sejak PRU lepas.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, sokongan komuniti Cina kepada Barisan Nasional (BN) adalah penting pada PRU14.

“Kita perlu memastikan komuniti ini mempunyai wakil yang mencukupi dalam pentadbira­n untuk bertindak sebagai ‘jambatan’ di antara kerajaan dan masyarakat Cina.

“Kita akan memastikan perkara ini berlaku sekiranya BN akan terus diberikan mandat pada PRU14,” katanya pada Majlis Ulang Tahun ke-43 Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, serta Majlis Pertabalan Jawatankua­sa Pusat, Belia dan Wanita baharu di sini, pada malam Jumaat.

Beliau berkata, pemerhatia­n dilakukan selepas PRU lepas, komuniti Cina di negeri ini dilihat sesat dan hilang arah apabila pihak pembangkan­g yang diundi mereka bukan sahaja gagal menunaikan janji tetapi turut hilang arah.

“Perkara ini bukan sesuatu yang direka tetapi sekiranya anda mengikuti laporan berita selama ini, anda boleh melihat pakatan pembangkan­g (Pakatan Harapan) jelas kini berpecah-belah.

“Bagaimanap­un, saya tidak ingin membuang masa memberikan komen terhadap perbalahan yang sedang berlaku di antara parti pembangkan­g kini.

“Saya hanya berharap, kita sebagai komuniti Cina boleh memikir secara jujur dan tanya diri sendiri adakah kehidupan bertambah baik sekiranya anda semua terus menyokong pembangkan­g pada PRU14 dan ingin kekal dalam keadaan kehidupan seperti sekarang,” katanya.

Teo yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata, ekonomi negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin pulih dengan pelbagai pelabur luar yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Gabungan PersatuanP­ersatuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Datuk Seri Panglima T.C Goh.

Kita perlu memastikan komuniti ini mempunyai wakil yang mencukupi dalam pentadbira­n untuk bertindak sebagai ‘jambatan’ di antara kerajaan dan masyarakat Cina. Kita akan memastikan perkara ini berlaku sekiranya BN akan terus diberikan mandat pada PRU14. DATUK TEO CHEE KANG Menteri Tugas-Tugas Khas

 ??  ?? TEO (lima kiri) bersama Goh (lima kanan) menunjukka­n carta jawatankua­sa baharu gabungan itu.
TEO (lima kiri) bersama Goh (lima kanan) menunjukka­n carta jawatankua­sa baharu gabungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia