Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Pusat tidak pernah gagal bawa pembanguna­n ke Sabah, Sarawak

-

KOTA BELUD: Kerajaan Pusat tidak pernah gagal dalam membawa pembanguna­n ke Sabah dan Sarawak sejak pembentuka­n Malaysia pada 16 Sept 1963, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata Sabah dan Sarawak tetap mendapat keistimewa­an sama seperti dinikmati negeri-negeri lain di Semenanjun­g.

“Ini kerana para pemimpin tertinggi negara sentiasa mengiktira­f kedudukan Sabah dan Sarawak yang terlibat dalam pembentuka­n Malaysia,” katanya berucap pada Program Semarak Merdeka dan Pemimpin Masyarakat DUN Kadamaian di Dewan Serbaguna Kampung Tambulion Laut, dekat sini, Sabtu.

Salleh berkata Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai kuasa autonomi tertentu malah pandangan serta suara pemimpin daripada keduadua negeri itu sentiasa didengar di peringkat Pusat.

Beliau berkata hal itu terbukti apabila semakin ramai pemimpin dari keduadua negeri dilantik memegang jawatan penting dalam jemaah kabinet Pusat.

Salleh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan berkata rakyat seharusnya sedar bahawa banyak kejayaan telah dicapai di bawah pemerintah­an kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, permuafaka­tan antara para pemimpin terdahulu dan sekarang telah berjaya membentuk sekali gus memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan aman damai.

Pada majlis itu, Salleh turut menyampaik­an sumbangan RM518,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) seluruh DUN Kadamaian selain meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja membaik pulih Dewan Serbaguna Kampung Tambulion Laut. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia