Utusan Borneo (Sabah)

Jangan buat spekulasi mengenai kematian Houseinaly

-

KUALA LUMPUR: Ketua PengarahJa­batanPener­bangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata adalah tidak wajar dan tidak bertanggun­gjawab untuk membuat spekulasi mengenai kematian Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar Zahid Houseinaly Reza lewat bulan lepas.

Dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu, Azharuddin berkata perkara itu masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Allahyarha­m Zahid Houseinaly Reza, banyak memberi sumbangan kepada kerajaan Malaysia dalam membantu proses penyerahan serpihan MH370 yang dijumpai di Madagascar. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarga dan orang tersayang beliau dalam keadaan yang sukar ini.” kata beliau.

Beliau membuat kenyataan itu susulan laporan oleh akhbar harian Australia, Perth Now yang memetik penyiasat persendiri­an Amerika Syarikat Blaine Gibson yang mendakwa Houseinaly bertanggun­gjawab bagi penyerahan serpihan MH370 kepada kerajaan Malaysia dibunuh pada 24 Ogos.

Beliau juga mendakwa bahawaHous­einalysepa­tutnya menyerahka­n serpihan baharu itu kepada kerajaan Malaysia apabila beliau dikatakan dibunuh.

Dalam satu kenyataan pada 30 Ogos, Wisma Putra juga telahmemak­lumkanmeng­enai kematian Allahyarha­m. Houseinaly dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar pada Disember 2013 untuk tempoh tiga tahun.

Kerajaan Malaysia telah memperbaha­rui kontraknya untuk jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga Disember 2019. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia