Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Cina perlu bersatu

Jadi penentu kepada nasib negara pada PRU14

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Komuniti Cina di Sabah termasuk Hokkien perlu bersatu untuk menjadi penentu kepada nasib negarainip­adaPilihan­Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Datuk Seri Panglima T.C Goh berkata, komuniti Cina di negara ini hanya terdiri daripada 23 peratus dan kesatuan yang diwujudkan masyarakat ini boleh memberikan impak penting bagi menentukan masa depan Malaysia.

“Kita hanya merangkumi 23 peratus daripada keseluruha­n jumlah rakyat Malaysia, sudah pasti wakil rakyat komuniti ini kelihatan lemah dan keadaan bertambah tenat sekiranya kita berpecah.

“Oleh itu, adalah sangat mendukacit­akan sekiranya kita tidak mampu bersatu untuk memberikan kesan positif pada PRU14, khususnya kini yang mana terdapat perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya pada Majlis Ulang Tahun ke-43 Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, serta Majlis Pertabalan Jawatankua­sa Pusat, Belia dan Wanita baharu di sini, pada malam Jumaat.

Beliau sedar bahawa Malaysia kini dibebani dengan pelbagai isu seperti kejatuhan mata wang, keadaan harga petrol yang tidak menentu pada pasaran global, perlaksana­an Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST), tred sentimen keagamaan dan perkauman yang semakin meningkat, undang-undang hudud, kes-kes rasuah dan keadaan politik yang tidak stabil.

Goh berharap pemimpin tertinggi negara ini dapat menyelesai­kan isu-isu itu agar mampu membawa harapan baharu dan kekayaan kepada negara ini dan juga rakyatnya.

Menurutnya, usaha seumpamany­a adalah faktor utama yang akan memberikan keyakinan pengundi untuk mengundi kerajaan.

“Sayajugame­nyerukepad­a generasi komuniti Cina selepas negara mencapai kemerdekaa­n untuk lebih menghargai pengorbana­n yang dilakukan negara ini untuk mencapai status kemerdekaa­n.

“Kita harus terus mempertaha­nkan negara kita untuk membinanya ke arah yang lebih maju pada masa depan,” katanya.

Selain itu, Goh juga berterima kasih kepada semua ahli persatuan itu atas sokongan padu kepadanya untuk terus mengetuai gabungan itu.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyerahka­n surat pelantikan kepada para penasihat kehormat selain menyerahka­n sumbangan RM10,000 kepada Sekolah Menengah (SM) Kian Kok.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri TugasTugas Khas Datuk Teo Chee Kang.

“Kita harus terus mempertaha­nkan negara kita untuk membinanya ke arah yang lebih maju pada masa depan DATUK SERI PANGLIMA T.C GOH Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan

 ??  ?? GOH (tiga kiri) bersama Teo (lima kiri) serta tetamu kehormat lain menyempurn­akan acara memotong kek.
GOH (tiga kiri) bersama Teo (lima kiri) serta tetamu kehormat lain menyempurn­akan acara memotong kek.
 ??  ?? GOH (tengah) menyerahka­n cendera kenangan kepada Teo (kanan).
GOH (tengah) menyerahka­n cendera kenangan kepada Teo (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia