Utusan Borneo (Sabah)

Hasrat jadikan Negeri Sembilan lembah ilmu, berjaya dizahirkan

-

SEREMBAN: Lembah Ilmu yang dibangunka­n di Bandar Enstek, Nilai di sini merupakan usaha kerajaan negeri mengimbang­i antara pembanguna­n fizikal dan modal insan selain hasrat Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan memperkasa bidang pendidikan bagi melahirkan lebih ramai cendekiawa­n negeri.

Hasrat yang mendapat sokongan Kementeria­n Pelajaran dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi ini direalisas­ikan di bandar yang berkeluasa­n kira-kira 2,070 hektar itu sekitar 2002, yang mana sebelumnya merupakan ladang kelapa sawit dan getah.

Ini dibuktikan melalui institusi pendidikan sama ada peringkat sekolah mahu pun pendidikan tinggi yang ditubuhkan seperti sekolah elit Kolej Tunku Kursiah, Politeknik­Nilai,InstitutPe­ndidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tingg (AKEPT), Institut Aminuddin Baki dan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) serta Institut Kepimpinan dan Pembanguna­n (ILD).

Penolong Naib Canselor ILD Prof Dr Azni Zain Ahmad berkata penubuhan ILD dengan keluasan 12 hektar dalam hub pendidikan di Bandar Enstek ini sangat tepat memandangk­an ia dikeliling­i dengan institusi pendidikan yang masing-masing mempunyai objektif sama iaitu membentuk insan yang berilmu dan pemimpin yang berprestas­i tinggi.

“Kedudukan ILD ini dapatlah digambarka­n seperti berada di sekeliling adik-beradik kerana kita masing-masing mempunyai tujuan sama iaitu menyuntik ilmu pada pelbagai peringkat termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi serta tidak bersaing sesama sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Azni Zain berkata berada di dalam sebuah negeri yang ditadbir seorang pemimpin berwawasan yang melihat sektor pendidikan sebagai antara perkara penting, membolehka­n institusi di Bandar Enstek termasuk ILD untuk turut menyumbang membangunk­an Negeri Sembilan.

“Negeri Sembilan ini walaupun kecil tetapi kedudukan Bandar Enstekinit­erlaluisti­mewa,lokasinya tidaklah jauh ke pedalaman, dekat dengan pelbagai lebuhraya, berhampira­n KLIA dan KLIA 2, dengan suasana berangin seperti berada di resort.

“Disebabkan itu juga selepas setahun beroperasi, ILD bukan sahaja telah melatih kakitangan UiTM malahan turut melatih organisasi­luarsepert­iMARA(Majlis Amanah Rakyat), Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan turut mendapat kepercayaa­n daripada organisasi luar negara iaitu Universiti Kuwait.

“Sebenarnya orang luar lebih cenderung untuk menjalani kursus atau latihan di sini kerana ia mudah diakses,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Nilai Mohamad Amin Hamat berkata penubuhan pelbagai institusi pengajian di dalam sebuah bandar seperti dilihat merupakan satu perancanga­n yang berfokus kerana ia juga membolehka­n prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilaksanak­an.

“Apabila wujudnya sebuah bandar yang memberi fokus dalam bidang pendidikan seperti ini, ia memberi satu kelebihan kerana kerajaan sekarang ini pun menekankan prinsip NBOS iaitu guna sama kemudahan, jadi ini juga ruang memudahkan kita berkolabor­asi dengan pihak yang ada di sekeliling dalam ruang lingkup yang lebih dekat.

“Saya rasa ini satu strategi yang baik dan beri kelebihan kepada semua pihak terutamany­a dari segi perkongsia­n fasiliti,” katanya.

Beliau berkata keseriusan kerajaan negeri dalam memperkasa bidang pendidikan dan berhasrat menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu tidak dapat disangkal lagi kerana ia telah diterjemah secara fizikal dan bukannya janji kosong.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, sektor pendidikan merupakan antara 45 manifesto Barisan Nasional Negeri Sembilan yang akan diberi penekanan untuk memperkasa­kan negeri ini sebagai lembah ilmu dalam meneruskan kecemerlan­gan dan memberikan insentif kepada anak negeri yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama.

Selain itu, antara manifesto yang ditekankan juga termasuk memberi bantuan kepada anak Negeri Sembilan yang memasuki pusat pengajian tinggi, insentif galakan untuk mereka yang melanjutka­n pelajaran pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) serta menaik taraf Institut Tahfiz Al Quran Negeri (ITQAN) di Gemencheh.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia