Utusan Borneo (Sabah)

Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi

-

KUALA LUMPUR: Kemuliaan hati petugas media membantu seorang jemaah haji Malaysia yang kekejangan otot semasa pulang ke khemah penginapan selepas melontar Jamrah Kubra malam tadi, menarik perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi melalui catatan dalam laman Facebook pada Sabtu menyatakan bahawa beliau tersentuh hati dengan pertolonga­n yang dihulurkan kepada warga emas itu oleh tiga petugas media berkenaan iaitu wartawan Elmi Rizal Elias dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Ahmad Lokman Mansor (New Straits Times) dan Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia). “Sememangny­a melontar merupakan saat yang paling mencabar buat jemaah haji Muassasah Malaysia kerana terpaksa berulang alik sejauh 7.5 kilometer dari khemah yang menempatka­n jemaah haji Asia Tenggara termasuk Malaysia ke Kompleks Melontar Jamrah.

“Sama-samakitado­akanagar Allah memberikan kekuatan dan kemudahan kepada seluruh jemaah haji Malaysia untuk menyempurn­akan segala manasik haji sekali gus mendapat haji yang mabrur,” katanya yang turut memuat naik gambar petugas media berkenaan.

Kesemua jemaah haji Malaysia akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah (4 Sept) ??untuk melontar di ketiga-tiga jamrah - Sugra, Wusta dan Kubra – pada Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Jemaah haji yang melakukan ‘nafar thani’ akan bermabit (berada seketika atau bermalam) di Mina sehingga 13 Zulhijjah, manakala jemaah yang melakukan ‘nafar awwal’ akan berada di Mina sehingga 12 Zulhijjah (3 Sept).

Setelah selesai melakukan ibadat melontar, jemaah Malaysia akan ke Makkah untuk tawaf dan saie bagi menyempurn­akan rukun haji.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia