Utusan Borneo (Sabah)

Aidiladha disambut dengan ibadah korban

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Suasana Hari Raya Aidiladha di daerah ini disambut oleh umat Islam dengan mengerjaka­n ibadah korban sama ada lembu dan kerbau selain takbir, sembahyang sunat Aidladha di masjid-masjid dan surau serta lawatan ke tanah perkuburan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi telah melaksanak­an ibadah korban sebanyak dua ekor lembu termasuk kerbau, Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau sebanyak lapan ekor lembu selain beberapa badan masjid dan surau di daerah ini.

Badan Masjid Ukhuwah Kampung Tudan Baru telah melaksanak­an ibadah korban sebanyak lima ekor lembu.

Menurut Pengerusi badan masjid itu, Sabdin Haji Saribin, sebanyak empat ekor lembu adalah usaha daripada beberapa umat Islam kampung itu sementera seekor lagi adalah sumbangan daripada Felcra.

Sementera itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan Datuk Haji Sairin Karno telah memberikan sumbangan sebanyak lima ekor lembu kepada badan masjid dan surau di kawasan Liawan dan Bingkor.

Sumbangan itu adalah kepada badan Surau Kampung (Kg.) Bariawa Ulu yang diterima oleh Imam Qariah Saribi Kassim, Masjid Ibu Pejabat Polis Daerah yang diterima oleh Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­den Ahmad Jawila, Masjid Bingkor yang diterima oleh Imam Rawaid Rafiee, Kg. Gaulan yang diterima oleh Pengerusi KRT kampung itu Suhaibi Saimin dan Surau Kg. Lingkudau yang diterima oleh pengerusi badan surau kampung itu Amir Haji Jani.

Sumbangan itu telah disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Naib Ketua Umno Bahagian Keningau Amir Haji Jani, Penolong Pegawai Jheains Keningau Mamin Nasiri, Pegawai Kemajuan Masyarakat Liawan Zaharin Haji Karno dan Pemaju Mukim Saipin Ibarhim yang mewakili Sairin.

Kesemua daging korban itu diagih-agihkan kepada masyarakat kampung selain kepada fakir miskin dan mereka yang kurang berkemampu­an.

Selain ibadah korban, turut diadakan majlis-majlis sambutan hari raya oleh individu mahupun jabatan kerajaan di mana turut dihadiri oleh pemimpinpe­mimpin kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan.

Semangat ziarah menziarah turut diadakan sebagai mengeratka­n lagi perasaan muhibbah dan silaturahi­m oleh kalangan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

 ??  ?? AMIR menyerahka­n seekor lembu sumbangan Sairin kepada Ahmad untuk ibadah korban. Turut kelihatan Sahanip (tiga kiri), kakitangan UPPM, Jheains dan pegawai polis yang lain.
AMIR menyerahka­n seekor lembu sumbangan Sairin kepada Ahmad untuk ibadah korban. Turut kelihatan Sahanip (tiga kiri), kakitangan UPPM, Jheains dan pegawai polis yang lain.
 ??  ?? NIK Nazri (tengah) bersama ahli keluarga dan rakan-rakan selepas melaksanak­an ibadah korban di perkaranga­n rumahnya.
NIK Nazri (tengah) bersama ahli keluarga dan rakan-rakan selepas melaksanak­an ibadah korban di perkaranga­n rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia