Utusan Borneo (Sabah)

500 warga Indonesia solat Aidiladha di KJRI KK

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

KOTA KINABALU: Kira-kira 500 warga Indonesia di Kota Kinabalu turut merayakan Aidiladha dengan menunaikan solat di halaman kantor Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu pada Jumaat.

Dalam kesempatan itu, masih dalam semangat kemerdekaa­n, Konsul Jenderal RI, Akhmad DH Irfan mengajak seluruh warga Indonesia untuk memperkuat semangat persatuan dan kesatuan di perantauan, serta mematuhi peraturan setempat.

Ustaz Suharto dalam khutbahnya mengingatk­an jemaah yang hadir agar bertakwa dengan sebenarben­ar takwa dan menjauhi segala larangan dari Allah SWT, termasuk patuh pada ketentuan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Selepas solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Ustaz Supriyadi dengan lancar, diadakan ramah tamah bersama Konsul Jenderal RI dengan warga yang hadir dengan jamuan nasi uduk istimewa.

Seorang warga Malaysia yang ikut solat di KJRI dan mencicipi nasi uduk, Safaruddin, menyifatka­n bahwa nasi uduk Indonesia mirip nasi lemak Malaysia.

Ketika ditanya mana yang lebih sedap, Safaruddin tidak menjawab tetapi hanya tersenyum memandang isterinya warga negara Indonesia bernama Yulinar.

Dalam rangka melaksanak­an perintah korban, masyarakat Indonesia yang dikelola oleh Sekolah Indonesia di Kota Kinabalu (SIK) turut melaksanak­an penyembeli­han lima ekor lembu korban untuk diagihkan kepada masyarakat yang berhak.

 ??  ?? MASYARAKAT Indonesia di Kota Kinabalu menunaikan solat Aidiladha.
MASYARAKAT Indonesia di Kota Kinabalu menunaikan solat Aidiladha.
 ??  ?? SUASANA solat Aidiladha di halaman KJRI Kota Kinabalu.
SUASANA solat Aidiladha di halaman KJRI Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia