Utusan Borneo (Sabah)

Isu HSA: Kementeria­n akan hantar surat kepada Singapura

-

KLUANG: Kementeria­n Kesihatan akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Singapura bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung penyiaran berita tanpa fakta sebenar mengenai perkhidmat­an kesihatan dan warga perubatan negara ini oleh sebuah portal berita di republik itu.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata surat itu akan dihantar dalam masa terdekat selepas pihaknya berbincang dengan bahagian perundanga­n kementeria­n dan Kementeria­n Luar.

“Surat kepada kerajaan Singapura itu (akan) menyatakan mengenai perasaan dan pandangan kita terhadap apa yang dilakukan portal terbabit. Selepas itu terpulang kepada kerajaan Singapura mengenai apa yang perlu dilakukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis peletakan batu asas pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nyior, di Sri Lalang, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an dan Pengerusi MIC Johor Datuk M.Asojan.

Dr Subramania­m yang juga Presiden MIC mengulas laporan oleh portal berita The

Independen­t yang menyebut ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru lewat memberikan respons sehingga 30 minit terhadap laporan kemalangan membabitka­n seorang rakyat Singapura pada 25 Ogos lepas.

Artikel itu mendakwa kelewatan itu menjejaska­n usaha untuk membawa mangsa berusia 25 tahun berkenaan mendapatka­n rawatan di hospital pada kadar segera.

Laporan juga mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarka­n sebarang rawatan dijalankan.

Dr Subramania­m yang juga Anggota Parlimen Segamat turut mengecam sekerasker­asnya perbuatan tidak bertanggun­gjawab portal tersebut kerana segala yang dilaporkan portal berkenaan adalah suatu yang tidak berasas.

“Perkara pokoknya, ambulans sudah dihantar sertamerta. Tuduhan menyatakan kakitangan hospital enggan membuat rawatan jika bayaran tidak dibuat juga tidak berasas berikutan rawatan kecemasan sudah diberikan kepada mangsa sebelum ketibaan waris dan anggota keluarga dari Singapura,” katanya.

Beliau juga menegaskan masalah komunikasi yang timbul ekoran kakitangan hospital yang berbahasa Melayu tidak boleh dijadikan alasan kerana mana-mana hospital di dunia menggunaka­n bahasa ibunda. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia