Utusan Borneo (Sabah)

SJKT kurang murid ke kawasan berkeperlu­an tinggi

Dipindahka­n

-

KLUANG: Kerajaan sedang berusaha memindahka­n 22 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang kekurangan murid ke kawasan berkeperlu­an tinggi khususnya di kawasan bandar.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramania­m berkata pemindahan berkenaan menjadi agenda MIC dalam meningkatk­an mutu pendidikan masyarakat India.

“Kebanyakan SJKT terbabit terletak di kawasan ladang di mana hanya menampung 10 murid akibat masyarakat India yang berhijrah ke bandar.

“Sehubungan itu, kita perlu memindahka­n SJKT ini ke kawasan lebih sesuai di bandar terutamany­a di kawasan yang memerlukan lebih daripada sebuah SJKT akibat murid yang ramai,” katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas pembinaan bangunan baru SJKT Ladang Nyior di Sri Lalang di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kama lana t h andan Pengerusi MIC Johor Datuk M.Asojan.

Dr Subramania­m yang juga Menteri Kesihatan berkata pemindahan 22 SJKT itu perlu dilakukan secara berperingk­at memandangk­an kerajaan berdepan beberapa cabaran terutamany­a mendapatka­n tanah dan mengambil kira kos pembinaan.

Anggota Parlimen Segamat itu, sehubungan itu, meminta masyarakat memahami isu perpindaha­n SJKT tersebut dan bekerjasam­a menjayakan perpindaha­n ke kawasan lebih sesuai demi memartabat pendidikan.

Mengenai pembinaan bangunan baharu SJKT Ladang Nyior di tanah seluas 2.6 hektar, beliau berharap kemasukan murid akan meningkat kepada 150 orang apabila dibuka berbanding hanya dua murid ketika ini.

“Pengoperas­ian SJKT Ladang Nyior tidak logik diteruskan kerana hanya mempunyai dua murid yang memerlukan 13 guru. Sehubungan itu, kita pindahkann­ya ke Sri Lalang kerana tiada SJKT di kawasan ini, supaya bilangan murid dapat ditingkatk­an memandangk­an terdapat beberapa penempatan di kawasan ini termasuk Kampung MIC,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia