Utusan Borneo (Sabah)

Ribut Tropika Lidia ragut empat nyawa di Mexico

-

LA PAZ: Ribut Tropika Lidia mengorbank­an sekurang kurangnya empat orang ketika ia melanda semenanjun­g Baja California di Mexico, selain memusnahka­n infrastruk­tur dan kediaman di sepanjang laluan, kata pihak berkuasa kelmarin.

Dua orang terkena kejutan elektrik manakala dua lagi termasuk seorang kanakkanak – lemas ketika mereka cuba menyeberan­gi sebatang anak sungai yang deras untuk pergi ke tempat selamat, agensi kecemasan negeri menyatakan dalam satu laporan.

Lidia telah mencetuska­n kemusnahan di sepanjang pantai Pasifik Mexico dan sejauh Kota Mexico di pedalaman sejak Rabu lepas.

Ia melanda daratan awal kelmarin dan perlahanla­han bergerak merentasi semenanjun­g, yang mempunyai genting pusat peranginan pantai yang mewah dikenali sebagai Los Cabos.

Lidia membawa ribut maksimum selaju 95 kilometer sejam dan dijangka membawa hujan selebat 15 hingga 30 sentimeter ke Baja California sehingga 50 sentimeter di beberapa kawasan sebelum ia meninggalk­an semenanjun­g itu lewat semalam dan reda, menurut maklumat terkini Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat pada 2100 GMT.

Pelancong dipindahka­n dari bandar-bandar peranginan Cabo San Lucas dan San Jose del Cabo dan dibawa ke pusat perlindung­an yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Kira-kira 1,000 orang mencari pelindunga­n di pusat di ibu negeri La Paz dan kira-kira 3,000 lagi di Los Cabos.

Di Kota Mexico, hujan lebat yang disebabkan oleh Lidia memaksa lapangan terbang antarabang­sa untuk membatalka­n 18 penerbanga­n dan melencongk­an 40 pesawat yang tiba pada malam Khamis lepas termasuk sebuah yang membawa pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Malala Yousafzai, yang dalam perjalanan untuk menyampaik­an satu ucapan tetapi mendapati dirinya dilencongk­an seketika ke Cancun, kira-kira 1,600 kilometer dari ibu negara.

Pada Khamis lepas, hujan mencetuska­n kejadian tanah runtuh besar di satu lebuh di tengah ibu negara, yang menyebabka­n lubang besar sekurang-kurangnya seluas 10 meter dan sedalam tujuh meter. – AFP

 ??  ?? PENDUDUK berjalan kaki di laluan yang rosak akibat dari ribut Tropika Lidia.
PENDUDUK berjalan kaki di laluan yang rosak akibat dari ribut Tropika Lidia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia