Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Chechen keluarkan kanak-kanak, wanita daripada IS

-

MOSCOW: Pemimpin Chechen Ramzan Kadyrov kelmarin mengumumka­n evakuasi lapan kanak-kanak dan empat wanita, yang berasal dari Rusia dan Kazakhstan dari Iraq, selepas mereka ditinggalk­an dalam kawasan yang dibebaskan daripada pejuang kumpulan Negara Islam (IS).

Kadyrov, ketua wilayah majoriti Islam di Chechnya, menulis dalam Instagram bahawa “petang ini, sebuah pesawat akan tiba di Grozny dari Iraq dengan kumpulan warga kita yang terkini”.

Dia menyatakan pesawat itu akan membawa “12 orang – empat wanita dan lapan kanakkanak berusia enam bulan hingga sembilan tahun”.

Wanita tersebut merupakan semua ibu kanak-kanak dalam pesawat.

Kadyrov berkata, kerajaan Rusia mahu memulangka­n wanita Rusia, bukan hanya kanak-kanak sahaja, dari Iraq.

Beberapa wanita pergi ke Iraq dan Syria untuk mengikuti suami mereka yang telah menjadi pejuang dan membawa anak mereka bersama.

Agensi berita Interfax kemudian melaporkan dari lapangan terbang Gr o z n y bahawa ombusman kanak-kanak Rusia Anna Kuznetsova dan pegawai kanan Chechen menyambut pesawat yang membawa 12 orang yang dikeluarka­n itu.

Ia merupakan kumpulan terbesar diterbangk­an ke Chechnya dari Iraq, dan penerbanga­n pertama yang merangkumi orang dewasa. Tujuh kanak-kanak diterbangk­an pulang atas penerbanga­n yang serupa pada bulan lepas.

Kadyrov sedang mengetuai kempen untuk memulangka­n anak-anak kepada ibu bapa yang meninggalk­an Rusia dan negara bekas Soviet lain di rantau itu untuk pergi ke Syria dan Iraq bagi menyertai kumpulan pelampau jihad berkenaan.

Komander tentera dan polis Iraq menyatakan kebanyakan pejuang asing dalam IS yang melancarka­n operasi terakhir di Mosul berasal dari Rusia, khususnya Chechnya dan bekas negara blok Soviet lain.

Kadyrov berjanji untuk membawa balik semua kanakkanak Chechen di Iraq dan menyatakan “ibu bapa hampir kesemua mereka sudah mati”.

Pemimpin Chechen itu berkata, mereka dalam penerbanga­n terakhir termasuk seorang wanita dari Chechnya bersama tiga anak selain dua wanita dengan anak lelaki dari bandar-bandar Tver dan Tyumen di Rusia serta seorang warga bekas republik Soviet, Kazakhstan, bersama tiga anak.

Kuznetsova, ombusman kanak-kanak, memberitah­u RIA Novosti bahawa dia merancang untuk terbang ke Moscow bersama kanak-kanak yang diselamatk­an.

Dia mengadakan rundingan bersamaKad­yrovdiGroz­nypada Khamis lepas, rakaman dalam Grozny TV menunjukka­n.

Ombusman itu menulis dalam Facebook, ketika di Chechnya, dia berjumpa dengan seorang budak lelaki yang diterbangk­an balik dari Mosul pada bulan lepas setelah bapanya membawanya ketika berusia dua tahun ke Syria pada 2015 tanpa kebenaran ibunya yang berbangsa Chechen.

Televisyen yang dikawal oleh kerajaan RT melaporkan Ogos lalu bahawa pihak berkuasa Rusia cuba mengembali­kan 48 kanak-kanak dari Mosul, selepas ibu bapa mereka membawa mereka dari Rusia ke Syria dan Iraq. Ia menyatakan evakuasi kanak-kanak itu lewat kerana mereka tidak ada dokumen Rusia.

Jumlah kanak-kanak sedemikian mungkin jauh lebih tinggi selepas Kuznetsova mengumpul senarai lebih 350 kanak-kanak yang dilaporkan dibawa dari Rusia ke Syria dan Iraq.-AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia