Utusan Borneo (Sabah)

Parti Presiden Guatemala diarah gantung fungsi pentadbira­n, gagal bayar denda

-

KOTA GUATEMALA: Parti Presiden Guatemala yang tertekan, Jimmy Morales, diarah untuk menggantun­g fungsi pentadbira­n kelmarin selepas ia gagal membayar denda AS$60,000 (RM270,000), kerana lambat memfailkan pembiayaan pilihan raya pada 2015, pada tarikh terakhir.

Mahkamah Agung Guatemala mengumumka­n penggantun­gan terhadap Barisan Pemusatan Nasional, sebuah parti konservati­f yang memerintah bersama empat rakan perikatan dalam kongres negara, selepas ia gagal membayar denda itu pada Khamis lepas seperti yang dituntut.

Keputusan itu adalah satu lagi tamparan bagi Morales selepas beliau mencetuska­n kritikan domestik dan antarabang­sa pada minggu ini kerana cuba mengusir seorang pegawai Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) yang menyiasatn­ya kerana dikatakan gagal untuk mengisytih­arkan dana kempen sebanyak AS$1 juta (RM4.5 juta) bagi partinya untuk pemilihann­ya pada 2015.

Badan kehakiman tertinggi Guatemala, Mahkamah Perlembaga­an, menolak tindakan Morales pada Selasa lepas.

Pegawai PB B berkenaan, I van Velasquez, kini meneruskan kerjanya selaku ketua Jawatankua­sa Antarabang­sa Menentang Pelepasan Jenayah Dari Hukuman di Guatemala (CICIG), termasuk memohon agar kekebalan Morales ditarik balik untuk menggerakk­an siasatan ke hadapan.

Penggantun­gan oleh mahkamah tertinggi ke atas Barisan Pemusatan Nasional bermakna ia tidak dapat mengadakan perhimpuna­n parti selagi denda tidak dibayar. Ia juga tidak boleh menjalanka­n aktiviti parti seperti mendaftar ahli baharu atau membuka pejabat cawangan.

CICIG dihormati ramai di Guatemala. Ia membantu pendakwa Guatemala menyiasat satu skandal rasuah yang mengguling­kan presiden lama Otto Perez pada 2015, sekali gus membuka jalan bagi pemilihan Morales, seorang bekas pelawak TV tanpa sebarang pengalaman politik yang berkempen dengan janji antirasuah. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia