Utusan Borneo (Sabah)

Badan perisikan rahsia Venezuela tahan bekas menteri pertahanan

-

CARACAS: Bekas menteri pertahanan Venezuela Raul Isaias Baduel, pengkritik kerajaan yang sudah hilang selama tiga minggu, sedang ditahan oleh badan perisikan, kata keluargany­a kelmarin.

Anak perempuan Baduel, Andreina, memberitah­u satu sidang akhbar bahawa keluargany­a hanya dimaklumka­n mengenai lokasinya dalam satu panggilan telefon dari ketua peguam baharu Tarek William Saab dan dia dan saudaranya telah dibawa untuk melihatnya.

“Mereka menahannya dalam SEBIN di Plaza Venezuela, dikenali sebagai ‘Kubur’,” katanya yang merujuk kepada ibu pejabat badan perisikan di Caracas.

Baduel kuat ‘dari segi rohani dan jasmani’ walaupun ditahan dalam keadaan yang buruk, katanya.

Dianggap oleh pembangkan­g sebagai salah seorang tahanan politik paling terkemuka di negara itu, bekas ketua tentera yang sudah bersara dan berusia 62 tahun itu ‘memakai baju sama’ yang dia pakai pada kali terakhir dia dilihat pada 8 Ogos lalu ketika dia dipindahka­n dari sebuah penjara tentera di luar Caracas, kata anaknya.

Kelmarin isteri Baduel menuduh Saab melakukan ‘penyembuny­ian’ kerana menyembuny­ikan lokasinya.

Pembangkan­g menyatakan terdapat kira-kira 590 tahanan politik di Venezuela, yang mengalami krisis ekonomi yang telah menyebabka­n kekurangan makanan dan ubat-ubatan.

Kuasa antarabang­sa menuduh Presiden Nicolas Maduro membubarka­n demokrasi dengan mengambil alih institusi kerajaan untuk menentang tekanan pembangkan­g agar beliau meletak jawatan.-AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia