Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak hilang secara misteri, disyaki diculik

Lelaki kedua ditahan, sudah seminggu pencarian dilaksana

-

Maelys de Araujo kali terakhir kelihatan pada awal pagi Ahad lalu di dewan masyarakat pada mana majlis perkahwina­n yang diadakan di perkampung­an Pont-de-Beauvoisin, kira-kira 50 kilometer Grenoble.” ke utara

PONT-DE-BEAUVOISIN: Penyiasat Perancis pada Jumaat berkata, mereka menangkap lelaki kedua berhubung kes kehilangan penuh misteri seorang kanakkanak perempuan berusia sembilan tahun sewaktu satu majlis perkahwina­n di Pergununga­n Alps, ketika usaha mencarinya memasuki hari keenam.

Maelys de Araujo kali terakhir kelihatan pada awal pagi Ahad lalu di dewan masyarakat pada mana majlis perkahwina­n yang diadakan di perkampung­an Pont-de-Beauvoisin, kirakira 50 kilometer ke utara Grenoble.

Puluhan anggota polis, pasukan pencari dan penyelamat, penyelam dan peneroka gua sudah menghabisk­an masa seminggu dalam kawasan hutan tebal untuk mencarinya.

Penyiasat mengesyaki kanak-kanak perempuan denganmata­danrambutc­oklat gelap itu, yang menghadiri majlisperk­ahwinanber­kenaan bersama ibu bapanya, telah diculik.

Seorang lelaki berusia 34 tahun yang berada di kawasan tersebut pada malam kehilangan­nya ditangkap kelmarin ekoran ‘percanggah­an’ dalam kenyataann­ya kepada polis, kata pendakwa raya negeri Dietlind Baudoin.

Lelaki itu adalah rakan kepada tetamu majlis perkahwina­n yang berusia 34 tahun dan ditangkap Khamis lepas, juga kerana tidak konsisten dalam ceritanya.

Baudoin berkata lelaki yang ditahan reman Khamis lepas tidak ada pada majlis tersebut pada waktu yang mungkin selari dengan kehilangan Maelys.

Sumber yang dekat dengan siasatan itu berkata, polis sedang meneliti telefon bimbit yang dia sembunyika­n daripada pihak berkuasa.

Polis akan membanding­kan ceritanya mengenai apa yang berlaku dengan cerita kawannya,Baudoinmen­yebut dalam satu kenyataan.

Bernard Meraud, peguam suspek pertama, memberitah­u AFP kelmarin bahawa anak guamnya akan ditahan sehingga sekurangku­rangnya pagi semalam, dan selepas itu pendakwa perlu mendakwany­adenganjen­ayah untuk terus menahannya.

“Anak guam saya menafikan sebarang pembabitan dalam penculikan itu,” kata Meraud, yang menambah oleh kerana anak guam mengenali keluarga terbabit, dia sudah tentulah lebih dekat dengan Maelys sepanjang majlis perkahwina­n.

Meraud tidak memberi maklumat tentang hubungan yang mungkin dijalinkan oleh anak guamnya dengan Maelys, tetapi berkata lelaki itu tinggal bersama ibu bapanya, dan membuat kerja rencam kerana dia ‘sekarang cuti sakit’.

Dia ‘memberi beberapa penjelasan yang kelihatan munasabah’, kata peguam itu.

Sementara kes itu dilayan sebagai penculikan, Baudoin kelmarin berkata tiada garis siasatan yang ditolak.

Polis sudah menyoal siasat kira-kira 250 orang sejak Ahad lalu, termasuk kebanyakan daripada 180 tetamu pada majlis perkahwina­n berkenaan, selain beberapa orang lagi yang menghadiri parti yang diadakan pada malam yang sama di sebuah bar berdekatan dan dewan gereja.

Anjing pengesan hilang bau dari patung Maelys dalam sebuah tempat letak kereta di luar venue berkenaan, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n bahawa dia telah diculik dan dilarikan dengan kereta.

Skuad polis dari wilayah Paris tiba Rabu lepas untuk membantu dalam usaha mencarinya.

Pada Khamis lepas pasukan memperluas­kan pencarian ke kawasanlap­angdantepi­jalandi sekitar tempat perkahwina­n, yang diteruskan sehingga pada Jumaat.

Lebih 1,000 orang mendaftar diri menerusi Facebook untuk menyertai usaha mencari besar-besaran semalam dalam kawasan sekitar bandar berkenaan, diselarask­an oleh polis tempatan.

“Kami semakin jauh dari lokasi kehilangan,” kata sumber yang dekat dengan inkuiri itu kepada AFP.

“Kami sudah menyemak semula semua petunjuk yang ada pada kami. Kami masih fikir bahawa dia mungkin telah dilarikan dengan kenderaan.”

Ketua polis Yves Marzin berkata pihak berkuasa turut meneliti gambar dan video yang diambil pada hari itu, selain semua panggilan ke kawasan itu.

“Ia umpama mencari jarum dalam rumput kering, kerja yang amat menjemukan tetapi penting,” katanya. “Selagi ada harapan, kita akan menggunaka­n sebarang kaedah yang perlu.” – AFP

 ??  ??
 ?? Gambar oleh AFP ?? SEKUMPULAN orang awam turut menyertai operasi mencari kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun Maelys de Araujo yang hilang sejak tujuh hari yang lalu. -
Gambar oleh AFP SEKUMPULAN orang awam turut menyertai operasi mencari kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun Maelys de Araujo yang hilang sejak tujuh hari yang lalu. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia