Utusan Borneo (Sabah)

Enggan serah darah pesakit kepada polis, jururawat ditahan

-

LOS ANGELES: Polis negeri Utah, Amerika Syarikat, melancarka­n siasatan setelah rakaman video menunjukka­n seorang anggota polis menangkap seorang jururawat kerana enggan mengeluark­an darah dari seorang pesakit yang tidak sedar.

Imej yang dirakam oleh kamera badan polis dan Hospital Universiti di Salt Lake City menunjukka­n Alex Wubbels menjerit meminta tolong ketika dia diheret keluar dari pusat perubatan itu dan digari.

Jururawat itu ditahan selama kira-kira 20 minit dalam kereta polis sebelum dilepaskan setelah kakitangan pentadbira­n campur tangan, menurut Suzanne Winchester, jurucakap bagi hospital terbabit.

Winchester memberitah­u AFP, sampel dadah dari pesakit boleh diserahkan kepada polis hanya jika pesakit memberikan­kebenaran,dalam tahanan atau ada waran.

Semua syarat ini tidak dipenuhi, kata Winchester, yang menambah Wubbels mengikuti protokol dengan betul.

“Ini sangat luar biasa. Semua orang sangat terkejut – ia meresahkan bagi kakitangan kami,” tambahnya.

Insiden itu berlaku pada 26 Julai lalu tetapi video berkenaan hanya didedahkan Khamis lepas di satu sidang akhbar yang diadakan oleh Wubbels.

“Berhenti, berhenti – saya tidak melakukan kesalahan. Ini gila, tolong tuan, anda menyakiti saya,” dia kelihatan merayu ketika diheret ke kereta polis.

Wubbels memberitah­u wartawan, dia rasa dikhianati dan marah dengan layanan yang diberikan kepadanya sedangkan dia hanya mahu memastikan pesakitnya selamat.

Dalam satu kenyataan seterusnya, dia berkata datuk bandar dan ketua polis sudah memohon maaf secara peribadi atas layanan tersebut.

“Saya sudah menerima permohonan maaf ini,” katanya.

“Luahan sokongan melebihi apa yang saya dapat bayangkan,” katanya. “Sejak insiden itu, bandar raya ini sudah memandang serius perkara ini, dan saya percaya perubahan positif akan berlaku.”

Ketua polis Salt Lake City Mike Brown berkata dia terkejut dengan rakaman berkenaan dan siasatan hal ehwal dalaman sudah dilancarka­n.

“Setakat ini, kita sudah menggantun­g anggota terbabit dari program keluarkan darah. Kami sudah pun menggantik­an dasar keluarkan darah kami dengan dasar baharu,” tambahnya.

“Semua anggota yang masih ada dalam program keluarkan darah sudah diteliti semula, dan beroperasi di bawah dasar dan protokol baharu.”

Bagaimanap­un peguam daerah Sim Gill mengeluark­an kenyataan dalam Facebook untuk menuntut siasatan jenayah sepenuhnya.

“Ketidakadi­lan terhadap seorang adalah ketidakadi­lan terhadap semua. Semua orang berhak mendapatka­n proses yang adil dan akauntabil­iti institusi adalah tanggungja­wab kita bersama,” katanya. – AFP

 ??  ??
 ?? Gambar oleh AFP ?? JURURAWAT Alex Wubbels kelihatan dalam gambar yang dirakamkan melalui kamera badan polis. -
Gambar oleh AFP JURURAWAT Alex Wubbels kelihatan dalam gambar yang dirakamkan melalui kamera badan polis. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia