Utusan Borneo (Sabah)

Putatan kini pesat membangun

Berbanding hanya sebagai pekan kecil 10 tahun lalu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

P

EKAN Putatan kini lebih maju dan membangun dengan ketara berbanding hanya sebagai pekan kecil dan mempunyai dua laluan jalan raya pada 10 tahun lalu.

Ketua Umno Bahagian Putatan Datuk Arsit Sedi berkata, pihaknya bersama kepimpinan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin yang pada waktu itu dipilih sebagai wakil rakyat semestinya berhadapan satu cabaran yang besar dalam memastikan pekan terbabit membangun, tambahan pula pada masa itu mereka mengambil alih kepimpinan daripada Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Antara cabaran yang dihadapi ialah sikap segelintir peniaga serta pemilik kedai yang enggan berganjak apabila diarahkan untuk berpindah bagi memberi ruang yang lebih luas ke kawasan yang sudah diberikan.

“Apa yang dapat kami lakukan pada ketika itu terpaksala­h menggunaka­n sedikit sistem paksaan untuk membolehka­n kita mendapat kawasan lebih luas untuk dimajukan,” katanya.

Beliau berkata, kedai yang terpaksa dirobohkan bagaimanap­un diberikan pampasan serta penggantia­n kedai dengan angka melebihi daripada tiga kali ganda nilai asalnya.

“Sebaik menyelesai­kan masalah tapak jalan raya, tindakan pertama yang dilakukan adalah membaik pulih jalan raya yang menjadi perhubunga­n utama dari arah Papar ke Kota Kinabalu selain laluan lain termasuk Labuan serta Sarawak.

“Segala perancanga­n terhadap sistem pengangkut­an jalan raya yang sudah dibuat dari awal dilaksanak­an secara konsisten sehinggala­h keadaan jalan raya kini yang mempunyai enam laluan iaitu masing-masing tiga laluan sehala,” katanya.

Menurutnya, kawasan Putatan juga dibangunka­n secara stabil di keduadua arah pada masa kini berbanding hanya kawasan sebelah kanan yang diberi tumpuan 10 tahun lalu.

“Pekan yang hanya ada di sebelah sisi jalan iaitu Pekan Platinum Putatan dilihat tidak cukup untuk dibangunka­n dan hasil kepimpinan Yahya sebagai Wakil Rakyat N18 Petagas membangunk­an kedua-dua arah jalan secara sejajar sehingga kini,” katanya.

Katanya, perbezaan terhadap pembanguna­n yang ketara di kawasan Putatan adalah keadaan sekitarnya yang dicemari bau disebabkan oleh pemprosesa­n getah yang ditempatka­n di Putatan pada waktu itu.

“Walaupun pemprosesa­n getah mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat Putatan namun pencemaran bau yang terhasil akibat kegiatan terbabit sedikit sebanyak menjejaska­n keadaan di sini.

“Kami kemudianny­a berusaha memohon agar perkhidmat­an getah dipindahka­n ke kawasan lain dan syukurlah pihak Lembaga Tabung Getah bersetuju untuk mengalihka­n ke kawasan Tuaran yang dilihat lebih memerlukan perkhidmat­an berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerangka­n keadaan pekan Putatan yang melalui pembanguna­n pesat dalam tempoh 10 tahun lalu pada Sambutan Karnival Downtown sempena Ulang Tahun Ke-10 Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan.

Arsit yang juga Pengerusi Karnival Downtown Putatan berkata, pihaknya mengadakan karnival buat pertama kali ini bagi meraikan penduduk Putatan yang memberikan impak besar dalam pembanguna­n daerah ini bersama.

Katanya, karnival ini dijayakan dengan pengisian pelbagai aktiviti yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada golongan muda malahan ianya sesuai untuk masyarakat dalam semua peringkat umur.

“Karnival dimulakan dengan pelepasan Konvoi Jalur Gemilang yang diadakan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Putatan dan disertai enam agensi pelbagai yang ada di sini.

“Kita juga memberi peluang kepada golongan muda dalam membuat persembaha­n yang disertai oleh 20 band tempatan, penganjura­n sebegini dapat membantu serta memperliha­tkan bakat yang ada kepada orang ramai yang mengunjung­i karnival ini.

“Beberapa pertanding­an membabitka­n haiwan peliharaan termasuk pertunjuka­n kucing, ayam serama turut diadakan secara terbuka kepada penduduk tempatan serta pengunjung luar,” katanya.

Beliau berkata, karnival ini turut membuka peluang perniagaan kepada warga Putatan dengan pembukaan sebanyak 110 gerai dengan penyertaan sebanyak 60 peratus daripada penduduk Putatan sendiri.

“Apa yang menarik dalam karnival ini kita membuka pertanding­an pameran kereta atau Autoshow yang disertai oleh peminat kereta yang diubahsuai daripada semua pelosok di Malaysia termasuk Johor.

“Kita juga mencatatka­n pendaftara­n daripada peminat kereta antik yang didatangka­n khas daripada Amerika Syarikat yang sanggup membawa koleksi kereta antik dari seberang,” katanya.

Katanya beberapa aktiviti lain termasuk pertanding­an Orang Kuat Sabah, pertanding­an mewarna kanak-kanak, persembaha­n Muai Thai, pertunjuka­n silat, persembaha­n kereta

drift, gathering Wira, Putra dan Satria serta pembukaan khas Food Truck turut memeriahka­n suasana sepanjang dua hari karnival pada 26 dan 27 Ogos.

Arsit berkata, pihaknya juga kini dalam perancanga­n untuk mengadakan program penutupan Hari Merdeka yang dijadualka­n akan diadakan pada 31 Disember depan.

“Pada program kali ini kita akan menumpukan kepada program perikanan bersesuaia­n dengan program yang dinamakan Pesta Air Merdeka.

“Orang ramai bolehlah didedahkan dengan kaedah perikanan selain pertanding­an haiwan peliharaan yang lebih besar serta membolehka­n peluang ekonomi kepada usahawan tempatan dan pendedahan kemasyarak­atan melalui sukan rakyat pelbagai,” katanya.

 ??  ?? PESERTA paling muda berumur 17 tahun dalam pertanding­an Orang Kuat Sabah. ARSIT
PESERTA paling muda berumur 17 tahun dalam pertanding­an Orang Kuat Sabah. ARSIT
 ??  ?? (Gambar bawah) YAHYA tertarik dengan keunikan postur badan ayam serama yang dipamerkan semasa karnival.
(Gambar bawah) YAHYA tertarik dengan keunikan postur badan ayam serama yang dipamerkan semasa karnival.
 ??  ?? (Gambar kanan) KUCING yang disiapkan untuk pertanding­an.
(Gambar kanan) KUCING yang disiapkan untuk pertanding­an.
 ??  ?? (Gambaratas)PENGUNJUNG­berpeluang­mencubabeb­erapa aksi yang diajarkan daripada ahli Muai Thai.
(Gambaratas)PENGUNJUNG­berpeluang­mencubabeb­erapa aksi yang diajarkan daripada ahli Muai Thai.
 ??  ?? SALAH seorang peserta Orang Kuat Sabah semasa menarik lori seberat dua tan dalam tempoh kurang daripada 60 saat.
SALAH seorang peserta Orang Kuat Sabah semasa menarik lori seberat dua tan dalam tempoh kurang daripada 60 saat.
 ??  ?? YAHYA semasa melawat salah satu gerai daripada usahawan tempatan.
YAHYA semasa melawat salah satu gerai daripada usahawan tempatan.
 ??  ?? PAMERAN kereta yang disertai lebih daripada 470 pemilik kereta yang diubahsuai.
PAMERAN kereta yang disertai lebih daripada 470 pemilik kereta yang diubahsuai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia