Utusan Borneo (Sabah)

Christiann­e Goonting, pelukis waja negeri bawah bayu

- CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

SAYA tidak takut pada halangan dan kekangan. Setiap halangan akan saya tentang dan tempuh sama ada fizikal ataupun idea, untuk berjaya kita perlu robohkan persepsi hambatan negatif masyarakat.” Itu pendapat Christiann­e Goonting, pelukis dan aktivis seni visual tegar di negeri Sabah.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berhijrah dke negeri ini sejak tahun lapan puluhan kerana mengikuti suami seorang doktor perubatan yang bertugas di sebuah hospital di Kota Kinabalu.

Melukis adalah minat beliau sejak kecil. Memahami bahawa seorang pelukis perlu ilmu serta pengetahua­n dan juga pengalaman beliau telah mendaftar sebagai seorang pelajar di Malaysia Institut

of Art dan berguru di bawah pelukis terkenal, Tan Tuck Kan.

Semasa di MIA beliau banyak mengaut ilmu seni lukis sama ada teknik mahupun sejarah seni yang sangat diperlukan untuk menghasilk­an karya yang bermutu. Tidak puas dengan berguru di dalam negeri beliau seterusnya telah melanjutka­n pelajaran di beberapa institusi seni di England semasa mengikuti suaminya belajar di United Kingdom.

Di sana beliau telah mendalami serta meluaskan teknik seni lukis yang terkini. Di samping itu beliau meluaskan pemahaman dalam seni catan air, umpamanya dengan mengunjung­i galeri seni terkenal seperti Tate Modern, National Portrait Gallery, National Gallery, British Museum dan beberapa galeri terkenal di sana . Ketika tinggal di England beliau juga sangat tertarik kepada karya pelukis Inggeris yang tersohor seperti John Constable, J.W.W Turner dan David Hockney.

Sekembalin­ya ke negeri Sabah, beliau telah menghasilk­an karya bersama teman beliau seperti mendiang Tina Rimmer terutama sekali bekerjasam­a memberikan bengkel terapi seni lukis yang sangat diperlukan oleh pesakit di beberapa buah institusi kesihatan di sekitar Kota Kinabalu secara sukarela.

Bermula dengan meminati catan air, beliau seterusnya telah dipengaruh­i genre seni visual kontempora­ri yang lain seperti seni abstrak dan media campuran. Oleh sebab itu jika diteliti karya Christiann­e terdapat berbagai-bagai gaya atau

dan juga hal bendanya, style misalnya karya yang terbaru yang dipamerkan beliau adalah dalam media campuran akrili , pastel dan catan minyak.

Ketika mula berada di negeri bawah bayu sekitar tahun 1985 menurut beliau, suasana pada masa itu sangat tidak mesra dengan seni lukis terutama sekali bagi pelukis wanita. Masyarakat belum bersedia menerima karya seni sebagai warisan budaya yang patut dimiliki dan dihayati. Pada masa itu beliau mempamerka­n karya seni lukis catan air china yang menekankan kepada hal benda flora, fauna dan landskap etnik tempatan.

Sekali lagi usaha gigih beliau terserlah apabila bersama pengarah Balai Seni lukis pada masa itu Allahyarha­m Dato Muhamad Yaman dan seorang pensyarah seni di Gaya Kolej En,Ismail Ibrahim (kini Professor, Universiti Malaysia Sabah).

Beliau satu-satunya pelukis wanita yang telah berjaya berpadu tenaga menubuhkan Persatuan Seni Visual Sabah pada tahun 2004 yang masih kukuh pada hari ini. Sebagai seorang penasihat yang begitu lama dengan Persatuan Seni Visual Sabah pengalaman penulis bersama beliau mendapati banyak usaha yang telah beliau dilakukan, terutamany­a mencari dana kewangan untuk projek seni lukis tempatan, misalnya instalasi di tepi pantai atau Installati­on at Bay dan pameran bergerak ke beberapa buah negeri dalam negara dan luar negara seperti di Jepun, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Di samping sebagai penasihat persatuan seni lukis Sabah dan menjadi ahli jawatankua­sa dalam beberapa pertubuhan NGO sebagai pelukis matang beliau tidak jemujemu menghasilk­an karya lukisan yang bermutu dan mengadakan beberapa pameran berkumpula­n dan pameran solonya.

Usaha komuniti tidak berhenti di situ sahaja bahkan beliau juga memiliki dan menguruska­n Galeri Seni Lukisan Livinia, sebuah galeri yang sederhana besar mempamerka­n karya beliau, koleksi karya seni lukis dari pelukis negeri Sabah dan juga pelukis antarabang­sa yang terletak di pinggir Kota Kinabalu.

Jika diteliti karya yang dihasilkan oleh Christiann­e kebanyakan­nya dipengaruh­i oleh aliran feminisme. Seni feminisme adalah komponen aliran di bawah pergerakan

pasca modern, lazimnya mempengaru­hi pelukis wanita terutamany­a yang radikal, menolak pengaruh kaum lelaki dalam lapangan seni lukis antarabang­sa dengan karya yang tidak stereotaip umpamanya hanya menggambar­kan sifat kewanitaan seperti bunga, anak kecil, rumah tangga, keluarga dan sebagainya.

Bahkan dalam beberapa siri karya beliau, Christiann­e sangat bersemanga­t mengutarak­an konsep wanita waja bermaksud menggambar­kan sifat keras dan cekal beliau dan tidak berkomprom­i dengan isu peminggira­n dalam kehidupan dunia moden.

Oleh kerana kemahiran serta teknik melukis yang sangat tinggi beliau banyak menghasilk­an karya yang mantap dan berupaya menipu mata khalayak dengan imej yang dilukis ujud dalam ruang sebenar dengan menggunaka­n konsep lukisan Trompel’oiel ,terutama sekali dalam siri karya beliau seperti

My Natural Heritage dan Rainforest yang sangat popular di kalangan kolektor. Teknik Trompel’oiel bermaksud dalam bahasa Perancis, ‘menipu mata’ sangat popular dalam abad ke lapan belas di Eropah.

Walaupun mempunyai tanggungja­wab sebagai suri rumah atau homemaker, usaha wanita waja ini tidak dapat dipertikai kan. Beliau sentiasa bergerak tanpa mengenal penat lelah dengan aktiviti seni lukis, perniagaan seni, pameran seni visual dan juga urusan komuniti. Sebagai seorang pelukis

non-comformis, Tianne panggilan manja teman pelukis sentiasa merancang projek serta program baru untuk kepentinga­n masyarakat dan warga seni tempatan. Pengalaman yang diutarakan beliau sepatutnya dicontohi oleh ramai lagi kaum wanita tempatan terutama dari kalangan muda, sebagai menyambut kebersamaa­n wawasan dan usaha bagi menjamin kejayaan di semua bidang dalam kehidupan yang mencabar masa hadapan negara maju. ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? DI hadapan arca beliau di Galeri Livinia.
DI hadapan arca beliau di Galeri Livinia.
 ??  ?? RUANG dalam Galeri Livinia.
RUANG dalam Galeri Livinia.
 ?? (Gambar atas & kanan) SALAH sebuah karya ‘Trompe l’oiel’. ??
(Gambar atas & kanan) SALAH sebuah karya ‘Trompe l’oiel’.
 ??  ?? PENULIS mewawancar­a Christiann­e di Galeri Livinia.
PENULIS mewawancar­a Christiann­e di Galeri Livinia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia