Utusan Borneo (Sabah)

Pertemuan dengan Prof Midori dan Prof Hiroko

- ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

“SALAM, saya Hiroko dari UIA. Sekarang kami dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. Boleh jumpa pukul 1.00 petang.

InsyaAllah.”. Begitulah kirakira bunyi pesanan singkat melalui aplikasi WhatsApp.

“Boleh.Hiroko san”. Dengan jawapan itu saya bergegas dan tiba sepuluh minit lebih awal. Rupanya mereka sampai lebih awal lagi dan menunggu di Coffee Bean.

Saya agak terkejut melihat penampilan wanita Jepun itu. Bertudung. Saya tidak menyangka Prof Madya Dr Hiroko Shiozaki, seorang

muslim dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabang­sa (UIA).

Bahasa Melayunya agak lancar.Sebelum ini beliau menjalanka­n kajian mengenai Pendidikan Islam Pondok untuk disertasi PhDnya. Hiroko pernah menjadi Pegawai Penyelidik di Tokyo University of Foriegn Studies.

Beliau memperkena­lkan saya kepada Profesor Midori Kawashima dari Fakulti Pengajian Global di Universiti Sophia, Tokyo.

Prof Midori datang ke Sabah, salah satunya kerana sering mendengar nama Tempasuk ketika beliau menemurama­h alim ulama di Mindanao. Mengikut sumber yang diperolehi­nya, masyarakat Islam yang menunaikan haji dari Mindanao pada awal abad ke-19, biasanya singgah terlebih dahulu ke Tempasuk sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci Mekah. Antaranya ialah Sayyidina, lebih dikenali sebagai Hadji Sa Binidayan. Beliau berangkat ke Malabang bersama saudagar dan pedagang sebelum berlayar ke Cotabato, Zamboanga, Tawi-Tawi, Balabac, Labuan, Lingga Johor dan Palembang yang menjadi antara pelabuhan penting pada masa itu.

Menurut Prof Midori ketika Hadji Sa Binidayan, (Hadji kadang-kadang disebut Kadi - dalam bahasa Iranun) menunaikan ibadah Haji pada abad ke-19, isterinya bernama Sisuya melahirkan anak di Tawaran (Tuaran). Anak itu bernama Mohd Tahir atau Surur dan sejak itu Mohd Tahir ini menetap di Borneo. Dalam wawancara yang sering dilakukann­ya di Filipina selatan, beliau sering mendengar nama Tempasuk.

Itulah sebabnya mengapa Prof Midori melakukan kajian di Sabah. Profesor Midori Kawashima adalah pakar sejarah Asia Tenggara, khususnya politik Filipina dan Sejarah Moden dan fokus penyelidik­annya ialah mengenai Islam dan masyarakat Islam di Filipina dari segi sosial, intelektua­l dan politik. Beliau sudah menghasilk­an banyak tulisan dan diterbitka­n dalam bahasa Jepun dan Inggeris.

Kerana pernah tinggal lama di Mindanao, beliau boleh berbahasa MaranaoIra­nun sedikit. “Maitumaitu” atau sedikit saja, katanya.

Beliau ingin tahu serba sedikit mengenai sejarah kedatangan Islam khususnya di Kuala Tempasuk yang pernah masyhur pada abad ke-18. Malah pada tahun 1787, Sultan Mahmud III pernah meminta bantuan angkatan Tempasuk untuk mengusir Belanda dari Tanjung Pinang, Pulau Bintan.

Saya berusaha untuk memberikan gambaran mengenai sejarah kedatangan Islam di Tempasuk (kini Kota Belud). Saya memperliha­tkan mengenai penemuan Batu Nisan beraksara Jawi di Rebuk Rampayan Ulu. Juga peranan mubaligh yang pernah datang seperti Sheikh Ahmad, Syarif Alawi Bafaqih dan sebagainya.

Juga mengenai kewujudan Quran bertulis tangan yang ditemui di Kampung Rampayan dan kini tersimpan di Muzium Tamadun Islam Sabah.

Menurut Prof Midori, gambaran dan imej Islam di Filipina selatan sebelum ini banyak dibentuk oleh pengkaji-pengkaji barat khususnya dari Sepanyol dan Amerika. Padahal berdasarka­n pengalaman­nya di Mindanao, Komuniti Islam disana mewariskan khazanah intelektua­l Islam yang sangat kuat dan mempunyai hubungan dan kaitan dengan tradisi intelektua­l Islam di Aceh, Palembang, Banten dan lain-lain.

Pertemuan dengan Prof Dr Midori Kawashima dan Prof Madya Dr Hiroko Shiozaki memperluas­kan lagi pengalaman dan pengetahua­n saya mengenai sejarah Islam di kawasan Asia Tenggara khususnya berkaitan perkembang­an Islam di wilayah Borneo.

Arigato gozaimasu, sambil membongkok badan sedikit saya mengucapka­n terima kasih.

NOTA HUJUNG MINGGU

 ??  ?? PENULIS dalam pertemuan bersama Prof Midori (tengah) dan Prof Hiroko (kiri).
PENULIS dalam pertemuan bersama Prof Midori (tengah) dan Prof Hiroko (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia