Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu berfikiran bijak Kekalkan keharmonia­n yang dinikmati hari ini

- Oleh JOHAN AZIZ

“Apa

yang penting rakyat perlu bersatu dan bekerjasam­a yang akan membawa mereka untuk terus maju ke hadapan dengan semangat persefaham­an dan toleransi yang jitu. Kita telah melalui banyak cadangan dan rintangan mengenai pendapat masing-masing namun dalam sebuah negara Malaysia, kita haruslah mewujudkan suasana yang baik agar kita boleh hidup aman dan sejahtera.

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta masyarakat majmuk di negeri ini supaya lebih berfikiran bijak untuk mengekalka­n keharmonia­n yang dinikmati hari ini.

“Kita bukan sahaja mahu maju tetapi perlu menekankan kehidupan yang harmoni dan tolerensi mengikut pendekatan kesederhan­aan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis SambutanHa­riRayaAidi­ladha Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini pada Jumaat.

Katanya, jika bekerjasam­a mengikut jalan pintar sudah tentu akan mencapai citacita yang baik untuk seluruh rakyat tetapi jika bercerai berai dan tidak bersefaham­an akan merosakkan apa yang telah mereka nikmati selama ini.

Menurut beliau, apa yang penting rakyat perlu bersatu dan bekerjasam­a yang akan membawa mereka untuk terus maju ke hadapan dengan semangat persefaham­an dan toleransi yang jitu.

“Kita telah melalui banyak cadangan dan rintangan mengenai pendapat masingmasi­ng namun dalam sebuah negara Malaysia, kita haruslah mewujudkan suasana yang baik agar kita boleh hidup aman dan sejahtera.

“Perdana Menteri banyak memberi panduan, bimbingan dan peringatan kepada kita dan terpulang pada kita semua menggunaka­n kebijaksan­aan untuk mengisikan kemajuan dan pembanguna­n negara kita ini baik apa saja segi terutama sekali dari segi persefaham­an.

“Ini kerana kita telah bersungguh-sungguh berusaha untuk mewujudkan sebuah negara yang maju dan harmoni,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, sesuatu rancangan kerajaan tidak terhenti begitu sahaja sebaliknya kemajuan dan pembanguna­n sesuatu negara itu adalah terletak di bahu masyarakat­nya dan ini akan berterusan.

Katanya, ini yang perlu ditekankan sekarang selepas Hari Merdeka dan seterusnya menuju ke Hari Malaysia dengan menguatkan lagi semangat perpaduan sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatupad­u.

Mengenai Hari Raya Aidiladha, Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau menyifatka­nnya hari yang banyak ertinya terutama sekali dalam semangat bersatupad­u untuk seluruh rakyat di negara ini dan negeri ini.

Katanya, ini selaras dengan apa yang ditekankan oleh Perdana Menteri yang mahu rakyat Malayisa terus bersatu padu untuk bersamasam­a menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, aman, harmoni dan sejahtera.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kerana dapat bersama-sama dengan para pemimpin, pegawaipeg­awai kerajaan khususnya polis dan rakyat di daerah ini merayakan Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Majlis itu dihadiri oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Adun Sook

TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

Datuk Ellron Alfred Angin dan Ahli Perniagaan Datuk Yap Yun Fook.

Terdahulu, sejurus ketibaanny­a yang disambut oleh Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­den Ahmad Jawila dan pemimpinpe­mimpinlain­dibawamela­wat ahli-ahli Perkep yang sedang memasak dan menyediaka­n lauk pauk untuk hidangan majlis itu.

Pada masa sama, Pairin juga turut melakukan gimik masakan dengan mengoreng tiga ketul daging ayam sambil disaksikan oleh Ahmad, para pemimpin, pegawai kerajaan dan polis dan ahliahli Perkep.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Ahmad mengucapka­n terima kasih kepada para penderma lembu untuk dikorbanka­n sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah menerima lapan ekor lembu sumbangan Pairin, Sairin, Ellron, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Sabah Datuk Jake Jikulin Nointin, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Yap, Raymond dan Nik Nazri.

Para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembaha­n oleh Onsoi band dari Ibu Pejabat Polis Daerah.

 ?? Gambar atas ?? PAIRIN merasai keenakkan masakan yang disediakan oleh Perkep sambil disaksikan oleh tetamu lain.
Gambar atas PAIRIN merasai keenakkan masakan yang disediakan oleh Perkep sambil disaksikan oleh tetamu lain.
 ??  ?? tetamu termasuk pegawaipeg­awai kerajaan hadir pada majlis itu.
tetamu termasuk pegawaipeg­awai kerajaan hadir pada majlis itu.
 ??  ?? PAIRIN sedang melakukan gimik masakan sambil diperhatik­an oleh Sairin (dua kanan), Ellron (dua kiri), Ahmad (tiga kiri), pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan lain.
PAIRIN sedang melakukan gimik masakan sambil diperhatik­an oleh Sairin (dua kanan), Ellron (dua kiri), Ahmad (tiga kiri), pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan lain.
 ??  ?? NIK Nazri (tengah) bersama Augustine (dua kiri) bergambar bersama tetamu lain pada majlis itu.
NIK Nazri (tengah) bersama Augustine (dua kiri) bergambar bersama tetamu lain pada majlis itu.
 ??  ?? AHMAD (tengah) bersama Sairin, Ellron dan tetamu lain sedang menunggu ketibaan Pairin pada majlis itu.
AHMAD (tengah) bersama Sairin, Ellron dan tetamu lain sedang menunggu ketibaan Pairin pada majlis itu.
 ??  ?? PAIRIN (tengah), Ahmad (tiga kanan), Sairin (dua kanan) dan tetamu lain selepas menjamu selera.
PAIRIN (tengah), Ahmad (tiga kanan), Sairin (dua kanan) dan tetamu lain selepas menjamu selera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia