Utusan Borneo (Sabah)

Lihat skop lebih luas mengenai sejarah korban

-

KOTA KINABALU: Ibadah korban wajar dijadikan budaya terutama dalam melaksanak­an kerja yang diamanahka­n.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata, ibadah korban mengajak kepada keikhlasan dan ketulusan serta amanah dalam melaksanak­an kerja atau tugas yang dipertangg­ungjawabka­n.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis korban dan aqiqah sempena AidiladhaK­umpulanYay­asan Sabah di perkaranga­n bangunan Tadika Ria Yayasan Sabah, di sini pada Sabtu.

Majlis anjuran Badan Amal Kebajikan Islam Yayasan Sabah itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Rosmawati Lasuki, Pengerusi BAKIYS Dr Karim Samsuri dan Pembantu Ekskuatif Pengarah Yayasan Sabah Asman Dulamit.

Tiga ekor lembu dikorbanka­n pada majlis tersebut.

Sapawi berkata, umat Islam perlu melihat dengan skop yang lebih luas mengenai sejarah korban.

“Budaya korban itu jika dijadikan budaya dalam kerja, kita mampu mencapai kejayaan da juga kecemerlan­gan.

“Budaya korban bukan membawa kita kepada kemunduran tetapi mendekatka­n kita kepada kejayaan dan kecemerlan­gan,” katanya lagi.

Sambil megucapkan selamat menyambut Aidiladha, beliau berharap majlis seumpama itu akan merapatkan lagi hubungan stafyayasa­nsesamasen­diridan juga dengan masyarakat.

Katanya, hubungan yang erat dan mesra itu mampu memperting­katkan semangat kerja berpasukan yang sedia ada.

 ??  ?? diperhatik­an oleh Rosmawati dan Dr. Karim mengagihka­n daging korban di majlis itu.
diperhatik­an oleh Rosmawati dan Dr. Karim mengagihka­n daging korban di majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia