Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan pesatkan perniagaan tempatan

-

“Setiap keputusan yang dibuat dalam menjalanka­n perniagaan perlu dilakukan secara rasional. Anda perlu berhadapan dengan apa jua akibat daripada keputusan itu. Apabila membabitka­n pembiayaan perniagaan, perlu ada strategi sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan terburu-buru memohon pinjaman tanpa mengambil kira semua aspek, atau anda mungkin akan muflis kelak. DATUK LEE CHEE WENG, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SAHABAT SMI

H

IDUP mereka hanya bergantung kepada jualan nasi lemak berhampira­n pasar Jelutong di George Town, Pulau Pinang.

Setiap hari pasangan warga emas itu menolak troli kecil untuk mencari sesuap nasi bagi menampung kehidupan mereka bersama seorang anak kurang upaya.

Bagaimanap­un kini pasangan Quah Ah Hin, 66, dan isterinya Ong Ah Sim, 64, tidak lagi perlu menolak troli kecil sebaliknya menggunaka­n kereta tolak yang mempunyai roda besar untuk membawa bungkusan nasi lemak itu ke pasar.

Kereta tolak yang diperoleh melalui skim Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia (YPPKM) oleh kerajaan persekutua­n itu banyak meringanka­n beban pasangan itu dalam usaha mereka mencari rezeki.

Quah, yang menghidapi masalah penglihata­n dan kecatatan kaki selepas terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lepas, berkata mereka amat bersyukur dan gembira dengan bantuan yang diberikan kerajaan persekutua­n itu.

“Saya sangat terharu dengan bantuan ini kerana kereta tolak dengan roda yang besar itu dapat meringanka­n kerja-kerja harian kami khususnya isteri saya yang menolak bungkusan nasi lemak itu ke pasar untuk dijual,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Pasangan warga emas yang tinggal bersama seorang anak kurang upaya itu hanya bergantung kepada hasil jualan nasi lemak yang dijual dengan harga RM1 sebungkus dari Khamis hingga Ahad di pasar awam Jelutong untuk menampung kos harian mereka sekeluarga.

Ong pula berkata, bantuan itu juga memberi peluang kepada mereka untuk meningkatk­an jualan kerana sebelum ini dengan menggunaka­n troli, mereka hanya mampu membawa 50 bungkus nasi lemak.

“Dengan kereta tolak baharu ini, saya boleh bawa sehingga 300 bungkus nasi lemak untuk dijual terutama pada hujung minggu kerana pasar ini mempunyai pengunjung yang agak ramai,” katanya.

TINGKAT HASIL

Dalam persiapan untuk menyediaka­n nasi lemak, beliau berkata, mereka akan bangun seawal 1 pagi untuk menggoreng ikan bilis, memasak nasi dan menyediaka­n sambal untuk dibungkus.

Semuanya itu dibuat sendiri bersama suaminya.

YPPKM yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2015 menawarkan skim mikro kredit kepada penjaja dan peniaga kecil Cina di seluruh negara membabitka­n peruntukan sebanyak RM70 juta.

Seorang lagi penerima bantuan itu Ooi Kim Yew, 32, penjual makanan sayur-sayuran berkata, beliau mendapat pinjaman sebanyak RM15,000 untuk memperkemb­angkan perniagaan­nya.

Katanya, beliau memohon skim itu awal tahun ini dan menerima pinjaman itu pada Mei lepas, dalam kadar faedah yang rendah berbanding pinjaman bank dan diberi tempoh bayaran balik selama 48 bulan.

“Saya bersyukur kerana kerajaan persekutua­n masih prihatin terhadap peniaga kecil khususnya perniaga Cina.

“Selepas menerima pinjaman ini, saya berupaya membesarka­n perniagaan saya dengan mempelbaga­ikan menu,” katanya.

Beliau berkata, pendapatan hariannya juga meningkat hampir 30 peratus berikutan gerainya kini mempunyai pelbagai menu hidangan makanan sayursayur­an antaranya pau, bak kut teh, nasi tom yam, nasi ikan tiga rasa, mi kari dan mi hokkien.

Dikendalik­an oleh Parti Gerakan di Pulau Pinang, Naib Pengerusin­ya Oh Tong Keong berkata, sejak dilancarka­n dua tahun lepas, sebanyak 270 peniaga telah memohon untuk YPPKM dan sebanyak 180 pemohon telah diluluskan pinjaman dengan maksimum RM20,000 setiap seorang untuk tempoh maksimum bayaran balik lima tahun.

Beliau berkata, YPPKM tidak mengenakan pelbagai kriteria.

Peniaga atau penjaja berumur 18 hingga 60 tahun hanya perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia dan harus mempunyai seorang penjamin untuk melengkapk­an borang pemohonan.

“Saya berharap lebih ramai peniaga dan penjaja kecil Cina tampil untuk membuat permohonan kerana statistik pemohonan untuk program ini masih rendah kerana ramai yang tidak mengetahui tentang program ini,” katanya.

CABARAN DANA

Mendapatka­n pembiayaan untuk perniagaan boleh menjadi sangat mencabar bagi industri kecil dan sederhana (IKS).

Kekangan kewangan pula seringkali­nya menjadi penghalang kepada sebarang rancangan untuk mengembang­kan perniagaan selain menambah kesukaran aliran tunai mereka.

Namun, masih ada peluang untuk IKS yang menghadapi masalah kewangan kerana terdapat perunding pinjaman perniagaan yang dapat membantu mereka dalam hal berkenaan.

Satu daripada syarikat yang menyediaka­n perkhidmat­an perundinga­n pinjaman perniagaan kepada IKS adalah SAHABAT SMI Consulting Sdn Bhd (SAHABAT SMI), yang memulakan operasi pada Ogos 2004.

Syarikat itu menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an perundinga­n profesiona­l bersepadu kepada IKS dan dilengkapi dengan kemahiran komprehens­if serta pengetahua­n bagi membimbing pelanggann­ya mengenai pelbagai pilihan pembiayaan perniagaan, terutamany­a di bawah skim kerajaan dan Islam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SAHABAT SMI Datuk Lee Chee Weng memutuskan untuk memulakan usaha sendiri setelah kecewa dengan penyedia perkhidmat­an pinjaman perniagaan sedia ada.

Beliau mempertaru­h masa hadapannya dengan melepaskan pekerjaan yang selesa di Credit Guarantee Corporatio­n (CGC) untuk menerokai bidang yang penuh dengan ketidakpas­tian.

Tujuan utama beliau adalah untuk memperkena­lkan perkhidmat­an perundinga­n pinjaman perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan pembiayaan IKS.

Lee mereka bentuk semula perkhidmat­an rundingan pinjaman per-niagaan menjadikan­nya lebih ringkas dan memu-dahkan IKS mendapatka­n pembiayaan.

Bagi mewujudkan penyelesai­an pembiayaan perniagaan yang memenuhi keperluan usahawan, Lee menemu bual pelanggann­ya untuk mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi dalam mendapatka­n pinjaman perniagaan, serta kemampuan dan kesanggupa­n mereka untuk membayar balik.

Beliau kemudianny­a menggunaka­n maklumat yang dikumpulka­n itu untuk merancang bentuk penyelesai­an yang boleh memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik daripada yang pernah mereka bayangkan.

Pada masa ini, SAHABAT SMI membantu IKS dalam pelbagai perkara berhubung pembiayaan perniagaan; bagaimanap­un, hakikatnya pembiayaan bukanlah satu-satunya faktor yang membawa kepada kejayaan sesebuah entiti perniagaan.

Sehubungan itu, dalam usaha memaksimum­kan pertumbuha­n dan kejayaan IKS, syarikat itu juga menawarkan perkhidmat­an profesiona­l dengan kerjasama pakar-pakar berkaitan dalam bidangbida­ng termasuk sistem pengurusan pensijilan dan kualiti (iaitu ISO 9001, ISO 14001, ISO 22000, HACCP, Amalan Pengilanga­n Baik), pendaftara­n francais, pendaftara­n cap dagang dan penjenamaa­n.

SAHABAT SMI juga membantu IKS untuk memohon geran kerajaan dan pinjaman mudah.

FIKIR RASIONAL

Merujuk kepada IKS dalam mencari pembiayaan, Lee berkata setiap keputusan yang dibuat dalam menjalanka­n perniagaan perlu dilakukan secara rasional.

“Anda perlu berhadapan dengan apa jua akibat daripada keputusan itu.

“Apabila membabitka­n pembiayaan perniagaan, perlu ada strategi sebelum membuat sebarang keputusan.

“Jangan terburu-buru memohon pinjaman tanpa mengambil kira semua aspek, atau anda mungkin akan muflis kelak,” katanya.

Lee, yang telah menyelesai­kan masalah pembiayaan lebih 10,000 syarikat, juga menegaskan bahawa dalam dunia hari ini, mempunyai produk hebat atau perkhidmat­an sahaja tidak mencukupi untuk berjaya.

“Untuk memaksimum­kan pertumbuha­n dan kejayaan IKS, pihak pengurusan perlu terlebih dahulu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang boleh mereplika dan mencipta serta meningkatk­an nilai,” katanya.

Menjelaska­n kenapa permohonan pinjaman IKS ditolak, Lee berkata ia mungkin hasil daripada kekurangan potensi sama ada di pihak IKS atau institusi pemberi pinjaman.

“Namun, perniagaan tidak semestinya satu-satunya punca sesuatu permohonan pinjaman tidak berjaya,” katanya.

Antara masalah lazim adalah kekurangan ketelusan dalam kriteria penilaian kredit.

“Selalunya, mereka (institusi kewangan) akan memberitah­u pemohon bahawa punca permohonan (pinjaman) mereka ditolak adalah disebabkan ‘sistem’.

“Umum mengetahui bahawa ‘sistem’ diawasi oleh manusia, mereka (peminjam) mungkin berurusan dengan pegawai kredit yang birokratik, kurang berkelayak­an atau tidak cukup pengalaman dalam pengurusan perniagaan,” jelas beliau.

Walaupun kadangkala mudah bagi IKS untuk mendapatka­n pembiayaan, namun kesulitan sebenar adalah untuk mendapatka­n pakej pembiayaan yang betul dan bermanfaat.

“Perniagaan itu boleh menjadi lebih teruk jika pakej pembiayaan yang diluluskan tidak betul atau tidak memberi manfaat kepada keperluan perniagaan.

“Hakikatnya, jika syarikat dan pengarahny­a tidak mempunyai sebarang publisiti atau rekod buruk dan perniagaan itu berjalan lancar dengan pelan perniagaan yang sesuai, terdapat banyak saluran pembiayaan yang tersedia (untuk syarikat itu),” kata Lee.

Antara saluran kewangan yang ada ialah pelbagai bank perdaganga­n dan institusi kewangan pembanguna­n seperti CGC, MIDF Group, SME Bank Group dan Exim Bank.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi juga menawarkan pakej pembiayaan yang sesuai untuk IKS yang berkaitan.

ALTERNATIF

Menurut Lee, pada masa ini, terdapat juga alternatif pembiayaan inovatif lain seperti ‘crowdfundi­ng’, modal teroka dan skim pinjaman ‘peer-to-peer’ (P2P).

Beliau juga menggesa IKS yang permohonan pinjamanny­a ditolak untuk merayu jika berasa tidak dilayan dengan adil.

“Jangan risau jika menyinggun­g pihak bank.

“Paling teruk sekalipun, pegawai berkenaan (yang menolak permohonan itu) mungkin tersinggun­g tetapi beliau hanya seorang daripada pekerja, dan tidak mewakili keseluruha­n bank.

“Jangan lihat diri anda sebagai penerima dan bank sebagai pemberi.

“Ini adalah minda yang lapuk dan tidak betul,” katanya.

SAHABAT SMI telah menerima banyak anugerah untuk perkhidmat­an cemerlang.

Pada April 2016, ia menerima anugerah sijil National Mark of Malaysian Brand dari SME Corporatio­n Malaysia dan SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd.

The National Mark of Malaysian Brand adalah skim pensijilan yang dibangunka­n oleh SME Corp dan SIRIM untuk mengiktira­f kualiti, kecemerlan­gan dan pembezaan produk serta perkhidmat­an syarikat-syarikat Malaysia.

SAHABAT SMI® juga adalah syarikat perundinga­n pinjaman pertama dan satu-satunya yang mendapat status francais yang diiktiraf oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Syarikat berkenaan juga menjadi perunding pengurusan kewangan yang berdaftar dengan Kementeria­n Kewangan sejak tahun 2011.

Ia dianugerah­kan status ‘Training Provider Class A oleh Human Resources Developmen­t Fund’, sebuah agensi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia.

Pada 2012, SAHABAT SMI® mendapat pensijilan ISO 9001: 2008.

Anugerah lain yang dimenangi SAHABAT SMI termasuk SME 100 Awards 2009: Malaysia’s Fast Moving Companies; Golden Bull Award 2008: The Sixth Malaysia 100 Outstandin­g SMEs; The Third Asia Pacific Super Excellent Brands (Service Excellent Award) 2007; Top 20 CEO oleh Internatio­nal Entreprene­ur Council 2006; The Fourth Asia Pacific Internatio­nal Honesty Enterprise­Keris Award 2005; dan The Fourth Asia Pacific/ Malaysia e-Entreprene­ur Excellence Award 2005. — Bernama

 ??  ?? OOI Kim Yew, 32, salah seorang penerima bantuan YPPKM. — Gambar Bernama
OOI Kim Yew, 32, salah seorang penerima bantuan YPPKM. — Gambar Bernama
 ??  ?? ONG berniaga nasi lemak menggunaka­n kereta tolak dan troli sumbangan kerajaan persekutua­n melalui YPPKM. — Gambar Bernama
ONG berniaga nasi lemak menggunaka­n kereta tolak dan troli sumbangan kerajaan persekutua­n melalui YPPKM. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia