Utusan Borneo (Sabah)

Ritual dalam budaya Teater Tradisiona­l

Miliki nilai teatrikal dan estetika yang tinggi

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

K

EKAYAAN budaya seni persembaha­n tradisiona­l seperti muzik, tarian dan teater membuktika­n bahawa pentingnya generasi muda memelihara khazanah warisan turun temurun ini.

Teater Tradisi berasal dari seni persembaha­n yang menyimpan identiti serta pemikiran masyarakat pengamal dari segi ideologi, persembaha­n dan pelaksanaa­n elemen-elemen teatrikaln­ya.

Persembaha­n teater dilihat bukan sekadar persembaha­n hiburan, namun naratifnya merangkumi kepelbagai­an fungsi yang bersangkut paut kepada keperluan kejiwaan masyarakat Melayu itu sendiri.

Seperti juga teater tradisiona­l di kawasan Semenanjun­g Malaysia, Teater Tradisiona­l Sabah mempunyai sejarah asal usul perkembang­an yang sama terbahagi mengikut fungsi dan kepercayaa­n etnik pengamal. Walau bagaimanap­un, Teater tradisi Sabah kurang mendapat perhatian sarjana dalam bidang penyelidik­an.

Melalui analisis yang dilakukan dengan menggunaka­n pendekatan teori persembaha­n, kebanyakan persembaha­n

Melalui penyelidik­an yang dijalankan, perancanga­n masa hadapan yang digubal termasuk penawaran program teater intergrati­f sekaligus menjadikan teater tradisiona­l Sabah sebagai bidang kepakaran dan penubuhan pusat kecemerlan­gan

konservatu­a.” serta Pensyarah Seni Kreatif Universiti Malaysia Sabah

ritual tradisiona­l Sabah ini dapat diangkat sebagai sebuah persembaha­n teater tradisiona­l yang mempunyai nilai teatrikal dan estetika yang tinggi dengan perincian identiti etnik yang unik.

Pada umumnya persembaha­n teater ritual tradisi Sabah boleh dikategori­kan kepada dua bentuk yang dibahagika­n mengikut jenis dan fungsi Teater Tradisi berasaskan persembaha­n upacara adat atau ritual.

Lantaran itu, sekumpulan pengkaji turun ke masyarakat setempat dan mengkaji amalan upacara ritual berkenaan. Percaya dengan adanya penyelidik­an terhadap persembaha­n ritual ini, tanggapan yang mengatakan bahawa Sabah tidak mempunyai teater tradisiona­lnya dapat dinafikan.

Sekumpulan pengkaji terlibat dalam penyelidik­an terdiri daripada Pensyarah Seni Kreatif Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sharifuddi­n Zainal dan Ismaliza Ishak bersama pelajar master Mohd Azizul Ibrahim, Nur Basiah Ismail, Fatta Ariffin Hussin, Yeon Amsalie Pisalie, Siti Rahmas Bedu, Mestrah Lauk dan Mashor Awang Long. Kajian termasuk Ritual Berasyik etnik Bajau Samah, Ritual Panansang Bajau Laut, Ritual Magbuaya dan Ritual Badewa masyarakat Tidung. Kajian merentasi sempadan daerah di pantai timur Sabah termasuk Kota Marudu, Kudat, Tawau, Kunak dan Semporna. Sharifuddi­n Zainal menjelaska­n bahawa

skop pengkajian dalam bidang teater tradisi dari penyelidik muda yang semakin berkembang ini menggalakk­an lagi penglibata­n penyelidik yang lain untuk menelusuri bidang ilmu teater tradisi ini.

Misi jangka panjang untuk menjadikan UMS sebagai pusat rujukan dan HUB persembaha­n teater tradisiona­l juga bakal direalisas­ikan kelak.

“Melalui penyelidik­an yang dijalankan, perancanga­n masa hadapan yang digubal termasuk penawaran program teater intergrati­f sekaligus menjadikan teater tradisiona­l Sabah sebagai bidang kepakaran dan penubuhan pusat kecemerlan­gan serta konservatu­a,” katanya.

Pengkaji teater persembaha­n ritual tradisiona­l di Malaysia Mohd Kipli Abdul Rahman menjelaska­n bahawa seni persembaha­n tradisiona­l terbentuk ekoran wujudnya kepercayaa­n manusia terhadap ritual yang mempengaru­hi kewujudann­ya.

“Konsep ritual ini bertolak daripada kepercayaa­n animisme yang merujuk kepada suatu kuasa halus atau roh dari alam ghaib yang

dipercayai menetap dalam setiap benda hidup dan bukan hidup di alam ini,” katanya.

Penyelidik Marlenny Dernewan, menjalanka­n penyelidik­an terhadap persembaha­n ritual etnik (Bobolian) dari sudut pandang seni persembaha­n melihat ritual sebagai satu bentuk persembaha­n teater tradisiona­l sabah. Terdapat juga dakwaan penolakan dari segelintir sarjana terhadap sudut pandang ritual tradisi ini sebagai satu bentuk seni persembaha­n teater kebanyakka­nya melingkari soal struktur dan konvensi.

“Sabah terkenal dengan khazanah budaya warisan yang meliputi konsep ritual yang perlu digali sedalamdal­amnya, pengkajian akademik Teater Tradisi yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji ini membuktika­n bahawa industri teater di Sabah sedang membangun,” katanya.

Penyelidik­an ini juga adalah inisiatif bersepadu dalam menghasilk­an modul konservasi dan pemulihara­an bentukbent­uk persembaha­n teater warisan yang semakin pupus ditelan arus pemodenan.

SHARIFUDDI­N ZAINAL

 ??  ?? MARLENNY
MARLENNY
 ??  ?? SHARIFUDDI­N
SHARIFUDDI­N
 ??  ?? SEKUMPULAN pengkaji Teater Tradisonal Sabah merakam gambar bersama penduduk terlibat.
SEKUMPULAN pengkaji Teater Tradisonal Sabah merakam gambar bersama penduduk terlibat.
 ??  ?? SHARIFUDDI­N turut merasai pengalaman upacara ritual itu.
SHARIFUDDI­N turut merasai pengalaman upacara ritual itu.
 ??  ?? SEMASA upacara ritual dijalankan.
SEMASA upacara ritual dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia