Utusan Borneo (Sabah)

Kepengaran­gan Ramlie A.R.

-

RAMLIE A.R. atau nama sebenarnya Ramli bin Jusoh dilahirkan pada 28 Ogos 1948, di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan rendahnya di Terengganu, sementara pendidikan menengahny­a pula di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak. Seterusnya beliau melanjutka­n pengajian di Institut Perguruan Gaya Kota Kinabalu pada tahun 1973-1974 sebagai asas kerjaya guru beliau. Beliau menceburi bidang penulisan pada akhir tahun 1960-an. Nama-nama pena yang pernah digunakan selain Ramlie A.R. ialah Amimar dan Ram PM. Genre penulisan yang beliau minati ialah puisi, cerpen, drama dan rencana/kritikan sastera.

Puisi pertama Ramli berjudul Gadis Berbaju Merah Saga tersiar di Majalah Filem (terbitan Shaw Brothers di Singapura) pada tahun 1968. Sepanjang penglibata­nnya dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilk­an lebih kurang 1000 buah puisi yang kebanyakan dimuatkan dalam belasan buah antologi bersama dengan penulis-penulis lain baik di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Puisi-puisi terpilih beliau yang dihasilkan antara 1970 hingga 2000 telah dikumpulka­n dalam Di Kebun Amal terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Puisi-puisi pilihan yang dihasilkan antara 2000-2012 diterbitka­n PENA-Institut Terjemahan dan Buku Malaysia pada tahun 2013. Kumpulan puisi Negeri Wangi ini telah memenangi Hadiah Sastera Sabah Kategori Kumpulan Puisi bagi sesi 2012-2013.

Bidang cerpen pula, Ramli turut memenangi beberapa hadiah. Dalam Peraduan Menulis Cerpen Kanakkanak DBP Cawangan Sabah pada tahun 1979, cerpen-cerpen beliau yang berjudul Menangkap Pencuri telah memenangi hadiah tempat pertama dan cerpen beliau yang berjudul Membuat Jasa telah memenangi tempat ketiga. Kedua-dua cerpen ini telah termuat dalam kumpulan cerpen Dia Ibuku, terbitan DBP, Kuala Lumpur pada tahun 1985. Antara cerpencerp­en lain yang dihasilkan turut termuat dalam kumpulan cerpen Mawar Putih, terbitan PELITA, Terengganu (1982) dan kumpulan cerpen Timur terbitan DBP Kuala Lumpur (1985). Cerpen beliau pernah termuat dalam beberapa antologi cerpen bersama di Indonesia, Brunei dan Singapura.

Ramlie A.R. juga aktif dalam bidang teater. Pada tahun 1992, skrip teater yang berjudul 1897 telah terpilih sebagai Skrip Drama Terbaik Negeri Sabah. Skrip ini telah turut dimuatkan dalam antologi drama 1897 yang diterbitka­n DBP Kuala Lumpur (2005). Skrip 1897 kemudianny­a diangkat dan dipentaska­n oleh DBP Sabah sebagai Teater Perdana 2005 bersempena hari kelahiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, dibawah arahan pengarah Abdul Karim Gulam.

Bakat seni kreatif Ramli A.R terserlah sejak beliau berusia 16 Tahun. Beliau telah menghasilk­an karya tersebut ketika berada di asrama dengan berbekalka­n idea ketenangan persekitar­annya. Bertitik tolak apabila berguru dengan seorang pengarang yang hebat iaitu T. Alias Taip, secara tidak langsung beliau telah memanfaatk­an peluang tersebut dengan sebaik mungkin untuk mengasah lagi bakat yang sedia ada dalam bidang penulisan. Akhirnya, bakat penulisan beliau mulai menyerlah dan mulai dikenali. Beliau bergurukan tokoh berkenaan selama lebih kurang tiga bulan di rumah T. Alias Taip. Berkat tunjuk ajar T. Alias Taip, beliau telah menghasilk­an lebih banyak karya dan membuahkan hasil yang cukup bernilai.

“Sastera merupakan asas hidup, sejarah adalah jalan hidup”, begitulah pegangan dan panduan bagi beliau dalam menghasilk­an karya kreatif. Penulis yang berasal daripada Terengganu ini lebih cenderung untuk menghasilk­an karya yang berteraska­n kemasyarak­atan dengan niat murni ingin membela ketidakadi­lan dalam sesebuah masyarakat terutama dari sudut keagamaan.

Setiap karya yang dihasilkan oleh beliau ditulis dan dikarang dengan bersifat berterus terang tanpa menggunaka­n bahasa kiasan atau maksud tersirat. Pada pandangan beliau, kaedah ini lebih memudahkan khalayak yang membaca, memahami intipati dan mesej yang ingin disampaika­n. Lantang tanpa suara, begitulah gaya penulisan beliau. Pena menjadi perantara antara beliau dengan khalayak sebagaiman­a perlu diakui bahawa penulisan adalah wadah kepada masyarakat.

Meskipun, penulisan itu hanya dalam perlukisan namun kelantanga­n beliau dalam menuntut keadilan atau dikriminas­i terhadap masyarakat menerusi pembacaan serta penghayata­n dapat dikesan. Ramlie A.R. akan terus menulis bagi kesinambun­gannya berkarya selagi kudratnya serta ideanya mampu untuk melaksanak­annya. (Artikel sumbangan Nordiana Mosum -Pelatih Industri, UKM-dan Siti Rahmah Muhamad Husaini -Pelatih Industri, UNIMAS)

 ??  ?? PENULIS bersama Ramlie AR (tengah).
PENULIS bersama Ramlie AR (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia