Utusan Borneo (Sabah)

Baju Kurung Berbunga Sakura

-

Satu

Di dalam bilik darjah

D

IA berdiri di muka pintu. Dia merenung ruang bilik darjah yang selama ini menjadi tempat untuknya mengajar mengaji al-Quran dan mendidik kanakkanak ilmu kesenian. Peristiwa ini berlalu hampir lima tahun. Dia tidak menjangka berupaya meneruskan kehidupan lagi meskipun kenangan hitam itu masih menghantui dirinya. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak dan sayu. Dia kembali mengimbau peristiwa itu.

“Wani! Apa yang telah Wani lakukan! Tergamak Wani menconteng arang di muka ayah! Ayah tak pernah didik anak ayah seperti ini!” Amarah ayah masih segar di ingatan.

“Wani... katakan pada ibu kebenarann­ya nak. Ibu bersedia mendengar,” kata ibu dengan melodi sedih. Belum sempat aku mengeluark­an sepatah kata, tiba-tiba ibu, rebah ke lantai. Ibu disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital akibat serangan jantung.

“Akulah dalangnya! Aku! Aku telah berdosa kepada keduadua ibu bapaku. Tapi ibu... ayah...sungguh Wani tak tahu apa-apa,” Wani kabus pada pandangan. Gelap sungguh malam itu, ketika itu dia bermonolog sambil mengesat air mata yang terus mengalir dan dikesat dengan menggunaka­n tudungnya.

Lelaki itu masih muncul lagi dalam igauannya. Aku tak berapa nampak jelas wajahnya dalam suram malam. Dia makin dekat dan dekat. Hentakan pintu kuat kedengaran.

“Ya aku di mana? Ya Aku di mana?” dalam ketakutan dan kehairanan.

Dia terpegun melihat kehijauan dan lambaian daun-daun pokok pisang yang segar, seekor dua burung kelicap singgah di pokok itu. Tiba-tiba nyanyian burung itu menamatkan lamunannya. Zap!! “Ah!! itu kenapa!! Dia datang lagi. Kali ini makin dekat. Aku takut. Aku takut. Jangan hampiri aku.” Pergi!! Pergi!! Perasaanny­a makin memberonta­k. Kenangan pahit yang dilalui tidak terubati melainkan bekalan kekuatan hati. Dia tahu apa yang dilaluinya, harus cekal dan percaya bahawa hidup ini hanya pinjaman, selagi kuat selagi itu Allah sentiasa bersamanya. Angin lembut bertiup tepat ke matanya yang mulai kini berkaca-kaca. Ia satu petanda bahawa sebutir demi sebutir kesakitan itu akan dicurahkan­nya tidak lama lagi. Dia terus menahan dan hampir melepaskan selautan derita yang bersarang di mata dan hatinya. Namun, kepedihan mengingati kenangan yang lalu itu tidak terhenti begitu saja.

“Cikgu Wani...Cikgu Wani.” Suara itu datang dari arah belakang.

Dia tersentak dari bayangan silam apabila mendengar namanya diseru berkali-kali. Dia melihat seorang anak murid perempuan yang sedang menarik bajunya. Di tangan si kecil itu kelihatan sebuah potret keluarga bahagia yang terdiri daripada seorang ibu, ayah dan dua orang anak lelaki yang sedang berpimpin tangan. Ketika itu dia menyarung sepasang baju kurung pink yang berbunga sakura, peninggala­n ibunya. Lantas dia mengukir senyuman manis melihat gelagat dua anak muridnya itu.

Baju kurung pink itu kerap kali dipakainya untuk ke kelas bukan sekadar kelembutan warna tetapi nilainya. Baju itu adalah baju kurung terakhir daripada ibu, hasil tangan ibunya sendiri. Masih terngiang-ngiang ketukan mesin jahit ibunya hingga ke larut malam untuk melunaskan tugas menyiapkan sepasang baju kurung itu. Begitu gigih dan tekun ibu menyiapkan­nya sebagai hadiah sempena hari ulang tahun kelahirann­ya yang ke-20. Ibu sanggup bersengkan­g mata. Ditinggaln­ya seketika si kecil tadi, selangkah demi selangkah dia maju untuk memulakan dan meneruskan sesi pembelajar­an.

Dua Taman Tasik Cempaka, Bangi

Seorang pemuda tampan yang berkulit putih kuning kelihatan di situ. Masih lagi terpahat memori seorang wanita yang masih segar diingatann­ya. Ketika dia berlari itu, seolah-olah ia melihat kelibat Wani. Dia akur kerana menyedari itu hanya satu cebisan satu lembaran hidupnya yang sedang berlegar-legar memenuhi ruang data fikirannya. Dia meneruskan lariannya untuk pusingan kali kelima. Peluh pada dahinya mulai mengalir satu persatu. Sebotol air mineral pada tangan kanannya, dibuka lalu dia menghabisk­an suku daripada air tersebut. Sisa baki air itu disiramkan ke muka sebagai penyegar untuk meneruskan lariannya.

“Zamarul!!! Zamarul!!! Zamarul ......... !!! tunggu..”

Kedengaran suara lantang memanggil namanya dari arah belakang.

Dia berpaling dan melihat sebentar lalu menamatkan langkah.

“Ah! Kau laju sangat, payah aku nak kejar. Kau pasang tayar motorkah pada kedua-dua kakimu?” Celoteh Rizal yang baru tiba dengan tercungapc­ungap kepenatan, mengejar larian Zamarul dari jarak lima meter.

Dia memegang keduadua lututnya dan mencuba mencari ruang melegakan nafas. Kemudian dia bangun semula sambil menghela nafas yang panjang. Zamarul hanya melemparka­n senyuman kecil pada penjuru bibirnya melihat gelagat Rizal.

“Zamarul, aku dengar kau mahu menjalanka­n penyelidik­an Ph.D di sebuah pondok pengajian di Acheh, biar betul Zamarul dan mengapa mesti Acheh?” Jelas Rizal.

Rizal seperti tidak percaya, persoalan demi persoalan mulai berlegar di benak fikiran Rizal. Tampak riak muka, mata, kening dan kerutan dahinya sudah cukup menjelaska­n semua itu.

“Apa salahnya. Lagi pun ini penyelidik­an aku. Aku suka mempelajar­i sesuatu di tempat baru. Berbeza kali ini hatiku lebih terpanggil untuk ke sana. Ia memperkuku­hkan nawaituku untuk tetapkan pendirian dan Ya, Acheh itu destinasik­u. Tidak sabar menanti untuk menjejakka­n kaki di sana,” ujarnya dengan penuh ketenangan sambil meletakkan tangan kanannya memegang pada bahu kiri Rizal.

Tepat pukul 12 tengah hari menandakan berakhirny­a sesi pembelajar­an pertama sementara suku masa yang kedua pula mengambil tempat. Anak-anak didik Wani mulai bersurai untuk makan tengah hari dan rehat. Wani pula bergegas pulang ke rumahnya yang hanya kira-kira tiga puluh meter jaraknya. Setibanya di rumah, dia memanaskan gulai yang dimasak sejak pagi untuk menyediaka­n makan tengah hari dan menyuapkan makanan buat Zaharah, anaknya. Manakala ayahnya masih dalam kekenyanga­n yang duduk termenung jauh di kerusi malasnya. Begitulah rutin kehidupan harian ayahnya sejak ibunya tiada.

Tiba-tiba Wani terasa sebak pula apabila melihat sekeliling­nya dan melihat gelagat ayahnya. Tidak mampu dia menahan air matanya yang deras mengalir membasahi pipi. Zaharah, anaknya dipeluk erat sehingga tiada sedikit ruang kelihatan yang bisa ditembusi oleh zarah-zarah angin. Bunyi telefon berdering berkali-kali, dia segera mengesat air mata dan melepaskan Zaharah dari pelukan dengan perlahan lalu berjalan ke arah ruang tamu untuk mengangkat panggilan deringan itu.

“Assalamual­aikum..Ya, Tuan Hj. ada apa?”

“Waalaikums­alam..Wani datang ke Pondok Pengajian segera, saya ada hal penting nak bincangkan.” Kedengaran serius dan tegas suara Tuan Hj. Malik.

“Baiklah Tuan Hj. Saya datang sekarang. Assalamual­aikum.” Balas Wani.

“Waalaikums­alam,” jawab Tuan Hj. Malik.

Tiga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

“Kau akan bertolak esok, bukan?” Tanya Rizal.

“Ya.. InSha Allah esok aku akan berangkat ke sana, doakan aku ya,” jelas Zamarul.

“Aku doakan kau selamat tiba dan pulang ke Malaysia nanti. Ingat jangan lupa aku bila kau sudah mahu bertolak ke sana dan kembali ke sini, okay,” pesan Rizal.

“Yeaah.. abang tak akan kulupakan sayang, hahaha... kau dah macam bini aku pulak.” Sambil mereka berdua gelak besar. Terasa amat menggelika­n hati. Kata Zamarul.

Inilah hari terakhir dia dan Rizal di situ dan mereka menghabisk­an masa bersama sebelum Zamarul bertolak ke Acheh pada keesokan hari.

Empat Pondok Pengajian Nurul Iman, Acheh

Keesokanny­a kira-kira pukul 1.20 petang, Wani sudah bersedia dengan beberapa orang guru. Nur Ain dan Siti Suhaila yang setia menanti tetamu dari luar. Tuan Hj. Malik, ada menyatakan bahawa ada seorang penuntut Ph.D yang akan ke pondok pengajian mereka untuk menjalanka­n penyelidik­annya.

Zamarul tiba di Pondok Pengajian Nurul Iman. Wani dan rakan-rakannya menyambut ketibaan Zamarul dengan penuh mesra. Ini cikgu Wani? kata Tuan Hj. Malik. Zamarul tergamam seketika, dalam hatinya adakah pelanduk dua serupa atau kembarnya. Wani membawa Zamarul untuk memperkena­lkan dan menunjukka­n bangunan yang terdapat di pondok pengajian di situ, jauh bezanya dengan sistem pembelajar­an yang dilaksanak­an di kota. Di situ hanya kedengaran suara pelajar perempuan dan pelajar lelaki mengalunka­n suara dalam pembacaan al-Quran. Suara itu makin lantang dengan tarannum yang merdu.

“Cikgu Wani, suara siapakah itu?”Tanya Zamarul.

Sambil mata mereka saling pandang memandang. Wani pun mula terkesan dengan Zamarul, adakah orang yang sama yang pernah aku kenali dan aku cintai dulu. Ah!! mungkin tidak, kata hati Wani. Itu cerita lama, semua sudah berubah.

“Oh.. Encik Zamarul. Itulah suara kanak-kanak yang belajar dan tinggal di sini. Mereka semuanya berusia lingkungan 6 hingga 12 tahun. Kesemuanya merupakan anak yatim dibawah jagaan kami. Kami hanya mampu menyediaka­n tempat secara sederhana buat mereka,” jawab Wani dalam nada perlahan.

“Mereka kelihatan daif dan serba kekurangan pada luaran, namun dari sisi lainnya mereka kaya dengan kasih sayang dan nilai kemanusiaa­n.”

Ya, aku kagum melihatnya, kerana mereka lebih bersemanga­t dari pelajar di kota. Lebih-lebih lagi sebutan tajwidnya diperhalus­i, jelas Zamarul.

Zamarul terus memerhatik­an sekeliling kawasan ini, tenang dan mendamaika­n. Tiada sebarang bunyi kenderaan yang memecah hening suasana seperti di Kuala Lumpur. Di sini aku dapat mendengar hidangan bacaan al-Quran yang sangat mengasyikk­an dan menenangka­n. Tempat ini juga jauh letaknya daripada aktiviti pembanguna­n, jauh daripada godaan dunia ianya sangat strategik bersesuaia­n untuk mereka yang mahukan ketenangan jiwa dan mendekatka­n diri kepada Maha Pencipta.

“Encik Zamarul... Encik Zamarul... Encik Zamarul .... ”

Lamunannya terhenti apabila mendengar suara Cikgu Wani menuju ke arahnya.

“Ya. Ada apa cikgu?” dia menjawab.

“Makanan sudah siap, kita makan sama-sama ya. Tuan Hj. Malik akan tiba sebentar lagi. Sebelum Tuan Hj. Malik tiba berehatlah dulu di ruang tamu kami. Mari saya tunjukkan jalan,” jelas Wani.

“Perasaanny­a makin memberonta­k. Kenangan pahit yang dilalui tidak terubati melainkan bekalan kekuatan hati. Dia tahu apa yang dilaluinya, harus cekal dan percaya bahawa hidup ini hanya pinjaman, selagi kuat selagi itu Allah sentiasa bersamanya. Angin lembut bertiup tepat ke matanya yang mulai kini berkaca-kaca. Ia satu petanda bahawa sebutir demi sebutir kesakitan itu akan dicurahkan­nya tidak lama lagi.

“Oh! Terima kasih.” Zamarul hanya mengangguk­kan kepala dan mengikuti langkah Wani.

“Wah cantiknya ruang tamu ini. Ada banyak lukisan di sini. Tuan Hj. Malikkah yang menghasilk­an semua ini?” Soal Zamarul kepada Wani.

“Bukan.. ini karya saya dan pelajarpel­ajar yang berbakat di sini. Saya guru mengajar al-Quran dan kesenian di sini. Setiap kali ada kelas melukis, saya akan mencurahka­n cinta terhadap seni di sekeping kertas dan tidak mensiasiak­annya, sebaliknya dijadikan sebagai penyeri di bilik ruang tamu ini daripada dibiarkan terus kosong. Begitu juga bagi karya-karya pelajar yang bermutu dan indah bagi saya. Maklumlah saya juga tidak mampu untuk membelikan perhiasan yang mahal-mahal untuk Pondok Pengajian ini kerana kami berkerja seikhlas hati di sini,” jawabnya.

Tersentak Zamarul, “minat yang sama dengan Wani yang pernah aku cintai dulu. Ah! tak mungkin dia tidak mengenali aku, Ishh... Payah!” bisik hatinya bercelaru.

“Ini lukisan pertama saya iaitu bunga ros merah dalam bekas kaca sebagai perlambang­an pentingnya wanita menjaga kehormatan­nya,” jelas Wani. “Oh begitu .... ” jelas

Zamarul.

Wani meneruskan penerangan­nya. “Ya. Sukar untuk didapati dan bukan mudah untuk dimiliki. Saya meletakkan diri saya sendiri di dalam coretan itu.” Tiba-tiba dia mengalirka­n air mata dan tertunduk. Zamarul jadi semakin serba salah, berkecemuk fikirannya. “Maafkan saya. Encik Zamarul bolehlah minum dulu sementara menunggu Tuan Hj. sampai, saya pergi dulu ya,” jelas Wani. Wani tidak tahu mengapa dia harus menceritak­an itu semua kepada Encik Zamarul yang baru dikenaliny­a beberapa minit yang lalu mungkin terdetik di jiwanya menyatakan Zamarul adalah bekas kekasihnya tetapi lidahnya kelu untuk menyuaraka­n itu. Dia mengatur langkah dengan pantas, lengan baju digunakan untuk mengesat air matanya. Dia berjalan tergesa-gesa menuju ke rumah. Tanpa Wani sedari Zamarul mengikuti setiap langkahnya dari belakang. Setibanya di rumah, Wani menggapai ayah dan Zaharah lalu memeluk mereka. Ayahnya membalas pelukan Wani. Ruang lingkup rumah itu terasa hiba dan rawan. “Ayah... Wani sudah tidak kuat,” jelasnya. Wani hanya ada ayah dan Zaharah. Zaharah anak ibu sambil memeluk erat kedua-duanya. Tiba-tiba kedengaran hentakan kuat di hadapan pintu. Zamarul barangkali tersandung kayu lalu terjatuh semasa usahanya mengekori gerak geri tubuh Wani. Wani dalam keadaan terkejut lalu berkata. “Masuklah Encik Zamarul kamu pun sudah sampai di sini.” “Maafkan atas sikap tidak sopan saya cikgu Wani,” jelas Zamarul. “Saya tidak sepatutnya berada di sini,” tambahnya lagi. “Tidak mengapa,” ujar

Wani kehairanan.

“Itu siapa? Ayah dan adik Cikgu Wani kah?” soal Zamarul.

“Ya. Ini ayah saya dan Zaharah, anak kandung saya,” jelas Wani.

“Maafkan saya Cikgu Wani. Di mana suami Cikgu Wani sekarang? dan Zaharah?” belum sempat Zamarul menghabisk­an ayatnya, Wani lantas menjawabny­a.

“Tolong encik.. jangan ditanya lagi, saya sendiri tidak mengetahui siapa ayah Zaharah. Ini ujian terbesar hidup saya sehinggala­h membawa langkah kaki dan diri ini ke mari,” kata Wani.

“Zaharah tidak seperti nasib kanakkanak di luar sana. Saya tahu bukan dosa saya, tapi saya tak malu, dia tetap anak saya. Dia tidak berdosa, saya redha dengan ujian ini. Hanya Tuhan mengetahui sikap keji dan kejam lelaki yang menjadikan saya begini. Zaharah permata titipan Illahi yang terindah buat saya. Biarlah apa pandangan masyarakat terhadap saya dan Zaharah tetapi Tuhan Yang Maha Mengetahui kebenarann­ya,” tegas Wani.

Zamarul terdiam, terkedu dan terkaku. Peluh jantannya mulai menitis di dahi mengingati kembali dosa-dosanya yang telah dilakukann­ya tidak terampun itu, tapi apakan daya, berat sungguh untuk dia menyuaraka­n perkara sebenar. Biarlah jadi sejarah hitam dan rahsia dalam hidupnya.

****** Seminggu sudah Zamarul berada di situ, akhirnya Zamarul berjaya menyiapkan penyelidik­annya. Ada suka dan duka dalam proses penyelidik­an itu, kini dia harus pulang ke Malaysia. Dia mengucapka­n terima kasih kepada Tuan Hj. Malik dan warga Pondok Pengajian Nurul Iman kerana sudi menerima kehadirann­ya di sana dan kepada yang lainnya terutama Wani yang masih dicintainy­a. Kini, kereta yang membawa Zamarul hilang daripada pandangan. Minda Zamarul tidak lepas daripada mengingati kisah hidup Cikgu Wani yang penuh dengan derita. Zamarul sememangny­a mengenali Cikgu Wani. Ya...Wani maafkan keterlanju­ranku. Oh... peristiwa malam itu. Oh!!..Zaharah, anakku. Ya Allah berdosanya aku. Maafkan aku. Wani. Maafkan aku Zaharah, maafkan aku...mungkinkah kita bertemu lagi?

 ??  ?? Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
 ??  ?? Karya NORDIANA MOSUM
Karya NORDIANA MOSUM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia