Utusan Borneo (Sabah)

Ukiran buah tradisi diraja

-

IA merupakan tradisi diraja yang terbukti memakmurka­n sepanjang zaman dan pengukir buah Thailand bertekad untuk terus menghidupk­annya, walaupun golongan muda mulai menjauhi bidang seni unik tersebut.

Ubi bit diukir menjadi bunga ros, perahu buah-buahan daripada tembikai dan betik, pertanding­an mengukir buah paling penting di Thailand berlangsun­g di Bangkok awal bulan ini.

Namun bagi peserta Piyanat Thiwato, tujuannya memasuki pertanding­an mengukir buah bukan sekadar untuk menang.

“Mengukir boleh meningkatk­an minda kita kerana ia memerlukan tumpuan dan merangsang imaginasi kita.

“Ia adalah cara saya untuk menenangka­n fikiran,” katanya lanjut.

Tradisi tersebut sebenarnya telah wujud sejak dinasti diraja Sukhothai pada kurun ke-14.

“Seni mengukir makanan bermula ratusan tahun lalu kerana Thailand kaya dengan seni dan kraf.

“Ia adalah khazanah yang amat indah yang kami miliki,” kata penganjur acara Araya Arunanondc­hai.

“Pada zaman dahulu, pertanding­an ini diadakan di istana diraja untuk keluarga diraja,” tambahnya.

Puluhan artis Thai bersaing dalam pertanding­an mengukir buah dan sayur yang terkenal itu, yang dianjurkan bagi memperinga­ti Ratu Sirikit, yang berusia 85 tahun pada 12 Ogos lalu.

Lebih 20 pasukan mengukir rekaan rumit Thailand termasuk burung hantu dan gajah pada buah-buahan seperti tembikai, betik dan keladi.

Ukiran buah masih popular sebagai sesajian di tokong atau sebagai hiasan untuk majlis perkahwina­n.

Pelajar seni halus masih boleh memilih untuk mempelajar­inya di universiti, sama seperti pengajian lukisan, namun tidak dinafikan tradisi tersebut semakin lenyap.

“Golongan muda tidak terlalu berminat dengannya kerana mereka yang mengambil subjek tersebut di sekolah seni tidak mampu menyara hidup dengan mengusahak­annya,” menurut pakar ukiran makanan Manirat Svastiwat na

Ayutthaya. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia