Utusan Borneo (Sabah)

Beriadah di musim cuti Warga konservasi Maliau menyegar diri di sungai hutan simpan

- Oleh HENRY BATING AKTIVITI KEMBARA MALIAU

C

UTI hujung minggu yang panjang telah menghimpun­kan 20 warga Lembangan Maliau bersantai berkelah di sebuah lokasi sungai di Ulu Sungai Kinabatang­an pada Sabtu.

Warga Pusat Konservasi Lembangan Maliau itu menyempatk­an diri berkumpul untuk menyegarka­n diri sebelum kembali kepada rutin kerja seharian Selasa ini.

Abel Gintod, staf bahagian pengangkut­an yang mengendali­kan program itu memaklumka­n, rekreasi santai di sebuah lokasi sungai dalam Hutan Simpan Kelas Pertama Negeri Sabah itu sedikit sebanyak menghilang­kan kebosanan lantaran hampir semua mereka berjauhan dari

Para peserta terdiri dari kalangan staf pelbagai bahagian melibatkan poter, renjer, staf pengurusan, pertugas lapangan dan sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi yang sedang menjalani praktikal ABEL GINTOD

keluarga.

“Para peserta terdiri dari kalangan staf pelbagai bahagian melibatkan poter, renjer, staf pengurusan, pertugas lapangan dan sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi yang sedang menjalani praktikal,” kata Abel.

Menurut Abel, aktiviti rekreasi mereka adalah santai, mandi-manda di air sungai tenang jernih yang sejuk, berjemur, memanggang bersama dan makan bersama.

Lembangan Maliau (Maliau Basin) yang terletak di jantung bumi Sabah, boleh dijangkau dengan kenderaan darat dari arah Tawau kira-kira 190km dan dari Nabawan.

Terletak di antara Kalabakan, Tawau dan Nabawan, Keningau, pengembara­an ke Lembangan Maliau mengambil masa 4-5 jam dari Tawau atau Nabawan dengan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda.

Lembangan Maliau merupakan kawasan konservasi alam, meliputi kawasan tadahan hujan yang dikeliling­i Sungai Maliau yang belum disentuh oleh aktiviti eksploitas­i manusia.

Kawasan Konservasi Lembangan Maliau meliputi keluasan 58,840 hektar yang turut dikenali sebagai ‘Sabah’s Lost World’.

Seluruh lembangan adalah kawasan tadahan air, dialiri hanya Sungai Maliau, yang mengalir ke tenggara lembangan untuk menyatu dengan Sungai Kuamut sebelum sampai ke Sungai Kinabatang­an, sungai terpanjang dan terpenting di Sabah.

Menyedari pentingnya kawasan itu, Yayasan Sabah pada 1981 secara sukarela menjadikan tempat itu sebagai kawasan pemulihara­an, untuk kajian, latihan dan pembelajar­an, di samping kawasan konservasi Lembah Danum di bahagian timur lembangan itu.

Mendapat taraf dari Kerajaan Negeri Sabah sebagai kawasan pemulihara­an pada tahun 1997, Lembangan Maliau dibekalkan status perundanga­n sebagai kawasan dilindungi.

Lembangan Maliau merupakan lokasi pengembara­an alam paling cemerlang untuk aktiviti meredah hutan dara dan menyaksika­n pelbagai habitat termasuk burung-burung pelbagai spesis.

Kemuncak kembara di celah kayu-kayan pelbagai jenis di lembangan itu ialah meredah hutan lipur air terjun Maliau tujuh tingkat.

Tempahan mengembara ke Lembangan Maliau boleh dibuat di pejabat pengurusan pintu masuk atau menghubung­i Yayasan Sabah.

Pengembara­an ke Lembangan Maliau sangat menarik jika dibuat secara berkumpula­n. Rombongan boleh menginap di lembangan itu sehingga lima hari empat malam dengan bayaran tertentu.

Bagi rombongan 8-12 orang, kadar bayaran ialah RM1450. Bayaran itu merangkumi sarapan, makan tengah hari, makan malam, sewa radio VHF dan bayaran renjer perhutanan yang bertindak sebagai pemandu dan penghubung komunikasi luar.

 ??  ?? MEMANASKAN jernih. diri setelah mandi-manda di Sungai Maliau yang sejuk, tenang dan
MEMANASKAN jernih. diri setelah mandi-manda di Sungai Maliau yang sejuk, tenang dan
 ??  ?? ABEL (kiri) bersama rakan-rakan mempersiap­kan hidangan.
ABEL (kiri) bersama rakan-rakan mempersiap­kan hidangan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar praktikal menyertai santai di Sungai Maliau.
SEBAHAGIAN pelajar praktikal menyertai santai di Sungai Maliau.
 ??  ?? MENIKMATI hidangan bersama di tepi Sungai Maliau.
MENIKMATI hidangan bersama di tepi Sungai Maliau.
 ??  ?? AKSI terjun serentak di Sungai Maliau.
AKSI terjun serentak di Sungai Maliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia