Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran sekunder akan terima ‘blockchain’

Pangkalan data teragih akan menyenggar­a senarai rekod yang sentiasa berkembang

-

KUALA LUMPUR: Pasaran sekunder Malaysia dijangka menerima pakai teknologi ‘blockchain’ dalam tempoh dua tahun untuk menawarkan platform digital alternatif kepada peserta pasaran, termasuk mereka yang merancang untuk membuat tawaran awam awal (IPO) bagi dagangan dalam pasaran baharu sepenuhnya.

‘Blockchain’ adalah pangkalan data teragih yang menyenggar­a senarai rekod yang sentiasa berkembang dikenali sebagai ‘block’. ‘Blockchain’ adalah lejar terbuka yang boleh merekod transaksi antara dua pihak dengan cekap.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, Neuroware.io, Ruben Tan berkata dengan pelaksanaa­n blockchain, infrastruk­tur digital yang dianggap ‘kepercayaa­n Internet’, ia akan membolehka­n lebih banyak kelas aset berbeza didagangka­n melaluinya.

“Ia akan menjadi pasaran sekunder yang mudah diakses untuk lebih banyak kelas aset berbeza, khususnya yang tidak didagangka­n mengikut kaedah lama, atau yang secara tradisinya memerlukan banyak peraturan untuk didagangka­n,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sebagai contoh, Tan berkata, jika ada pihak mahu memulakan perniagaan pada masa depan, mereka boleh menggunaka­n blockchain untuk menjual ekuiti persendiri­an dari syarikat persendiri­an milik seseorang kepada pelabur runcit tanpa menjadi syarikat awam atau melaksanak­an IPO, berbanding melalui saluran pendanaan masyarakat yang ditawarkan enam pengendali pendanaan ekuiti masyarakat dalam negara.

“Ia boleh berperanan sebagai kaedah alternatif untuk syarikat mengumpul dana,” katanya.

Bagaimanap­un, Tan berkata, ketika ini, Tawaran Syiling Permulaan (ICO) yang tidak dikawal selia menjadi kelemahan bagi banyak syarikat yang melaksanak­an IPO tanpa melalui proses diperlukan.

“Namun, saya yakin kelemahan itu tidak akan lama, memandangk­an saya menjangkak­an akan wujud pendekatan lebih rasmi yang diperkenal­kan pihak pengawalse­liaan bagi menangani isu ini,” katanya.

Beliau mendedahka­n, jumlah pihak pengawalse­liaan dan syarikat daripada pelbagai sektor semakin meningkat – utiliti, rantaian bekalan dan pemula niaga dalam segmen seperti insurans dan teknologi kewangan (fintech) – telah menemui Neuroware sejak 2015 untuk menubuhkan makmal ‘blockchain’ masing-masing serta pusat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

“Dari segi R&D, mereka berusaha untuk mengenal pasti gambaran fungsi suatu sistem perniagaan dan membuktika­n ia berhasil.

“Kami juga bekerjasam­a dengan pihak pengawalse­liaan mulai tahun ini untuk melaksanak­an bukti konsep (POC) boleh dilaksanak­an malah kini lebih banyak usaha dijalankan untuk mendidik syarikat,” katanya.

Tan menyuaraka­n kelegaanny­a memandangk­an kesedaran dalam kalangan peserta pasaran tempatan semakin meningkat walaupun sedikit ketinggala­n berbanding rakan serantau lain, terutama dari Singapura, China, Jepun dan Korea Selatan.

“Kami menganjurk­an beberapa bengkel latihan tahun lepas dan awal tahun ini, tapi sejak pertengaha­n 2017, lebih banyak syarikat menghubung­i kami untuk membangunk­an POC kepada mereka.

“Ini bermakna mereka telah mengenal pasti gambaran fungsi sistem atau tujuan penggunaan blockchain,” katanya.

Mengulas mengenai usaha oleh pihak pengawalse­liaan, Tan berkata beliau teruja bahawa mereka giat berusaha untuk lebih memahami teknologi itu.

“Mereka langsung tidak bergerak mundur atau kekal konservati­f terhadap teknologi ini, malah mereka amat berminat terhadap perkara-perkara baharu, jadi kita sangat bernasib baik,” katanya.

Bagi menggalakk­an penerimaan blockchain, Tan berkata, pihak pengawalse­liaan perlu terlebih dahulu melenyapka­n sifat paranoid di samping mempunyai pemahaman lebih baik mengenai teknologi tersebut.

“Selain itu mereka perlu menyemai dan menggalakk­an penerimaan teknologi blockchain melalui penerbitan mandat atau Panduan Sandbox kepada jabatan berkaitan untuk bekerjasam­a dan menawarkan perkhidmat­an sistem berasaskan blockchain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia