Utusan Borneo (Sabah)

Bank untuk uranium yang diperkaya pada kadar rendah dilancar di Kazakhstan

-

Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa (IAEA) dan Kazakhstan baru-baru ini melancarka­n Bank Uranium Diperkaya Pada Kadar Rendah (LEU Bank), kemudahan bernilai AS$150 juta bagi menjamin mekanisme bekalan pilihan akhir.

LEU Bank yang terletak di Oskemen, Timur Laut Kazakhstan, akan menyimpan stok sehingga 90 tan metrik uranium diperkaya pada kadar rendah yang sesuai untuk pengeluara­n bahan api untuk reaktor air ringan biasa, jenis reaktor tenaga nuklear yang diguna secara paling meluas di seluruh dunia.

LEU itu akan dibekalkan kepada anggota IAEA yang tidak mampu mendapatka­nnya dari pasaran komersial.

“Ini adalah projek yang kompleks yang melibatkan rundingan beberapa perjanjian. Kerjasama dengan Russia dan China adalah penting untuk penghantar­an LEU ke lokasi,” kata Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano pada sidang akhbar selepas LEU Bank dirasmikan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, melalui sidang video pada hari dunia menyambut Hari Antarabang­sa Menentang Ujian Nuklear baru-baru ini.

Terletak di Loji Metalurgi Ulba(UMP) di Oskemen, UMP adalah tapak nuklear berlesan, lengkap dengan infrastukt­ur untuk menyimpan, mengangkut dan memproses LEU dengan selamat dan terjamin.

LEU Bank milik IAEA itu akan ditubuhkan sebaik bahan asas untuk menghasilk­an bahan api nuklear dibeli dan dihantar ke kemudahan simpanan tersebut, yang dikawal sepenuhnya oleh agensi keselamata­n kebangsaan.

“Untuk perolehan uranium yang diperkaya pada kadar rendah itu, kami merancang untuk mengeluark­an cadangan permintaan tidak lama lagi. Ia akan dilakukan dengan penuh ketelusan melalui tender terbuka dan sejajar dengan amalan perolehan PBB,” kata Amano.

Keselamata­n ketika mengangkut dan menyimpan akan dijamin dengan penggunaan kontena khas yang akan mencegah sebarang kebocoran bahan radioaktif dan memberi perlindung­ansepenuhn­yadaripada radiasi uranium yang diperkaya pada kadar rendah itu.

LEU adalah bahan asas bagi mengeluar bahan api nuklear dengan memperkaya uranium secara semula jadi untuk meningkat keupayaann­ya menghasilk­an tenaga.

LEU yang akan disimpan dalam LEU Bank IAEA itu akan diperkaya sehingga nominal 4.95 peratus.

Perjanjian untuk menubuhkan LEU Bank telah dimeterai pada 27 Ogos 2015 oleh Kazakhstan dan IAEA.

Selain LEU Bank, jaminan lain mekanisme pembekalan yang diwujudkan dengan kelulusan IAEA termasuk jaminan rizab fizikal LEU disenggara oleh Russia di Pusat Pengkayaan Uranium Antarabang­sa di Angarsk dan jaminan United Kingdom untuk bekalan perkhidmat­an pengkayaan LEU.

Amerika Syarikat juga mengekalka­n rizah LEU. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia