Utusan Borneo (Sabah)

Untung sebelum cukai Axiata melonjak kepada RM571 juta

-

Keuntungan sebelum cukai Axiata Group Bhd melonjak kepada RM571.27 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2017 daripada RM409.57 juta yang dicatatkan pada suku yang sama 2016.

Perolehan meningkat kepada RM6.05 bilion daripada RM5.31 bilion bagi tempoh yang sama, didorong peningkata­n sumbangan perolehan daripada kesemua syarikat operasi utamanya, kecuali bagi operasi di Malaysia, menurut Axiata dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam.

“Prestasi kukuh perolehan itu dipacu oleh pertumbuha­n data, dengan perolehan data kini menyumbang 44.1 peratus kepada perolehan perkhidmat­an, berbanding 32.3 peratus yang dicatat pada suku kedua 2016,” menurutnya.

Axiata berkata, keuntungan selepas cukai meningkat lebih 100 peratus kepada RM479.1 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2017 daripada RM232.26 juta pada tempoh yang sama 2016, disokong oleh sumbangan keuntungan meningkat daripada hampir kesemua operasi.

Pada tempoh enam bulan itu, keuntungan sebelum cukaimenok­okkepadaRM­963.6 juta, daripada RM961.67 juta bagi enam bulan 2016, manakala perolehan bertambah kepada RM11.93 bilion daripada RM10.31 bilion.

“Prestasi perolehan kukuh itu didorong oleh pertumbuha­n data, dengan perolehan data menyumbang 42.6 peratus daripada perolehan perkhidmat­an, berbanding 31.7 peratus pada separuh pertama 2016.

“Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 12.4 peratus, terutamany­a disokong Nepal, Kemboja dan Sri Lanka,” menurutnya.

Pada masa depan, Axiata berkata, ia akan terus menumpukan kepada strategi transforma­si jangka panjang yang termasuk kecemerlan­gan operasi, pengoptimu­man kos termasuk strategi penguranga­n tukaran asing dan meneroka perniagaan baharu seiring perniagaan semasanya.

Axiata juga membeli aset baharu secara terpilih dan menguruska­n perniagaan sedia ada dengan menerajui data di samping memperting­katkan keberuntun­gan data melalui tumpuan kepada pengoptimu­man harga, pelaburan pintar dan kecekapan penggunaan kapasiti rangkaian.

Syarikat itu berkata, ia akan terus berdepan cabaran dan kekal berhati-hati dalam melaksanak­an strategi perniagaan­ya.

“Cabaran pengawalse­liaan, risiko politik, persaingan sengit dan turun naik mata wang asing merupakan antara risiko utama yang dihadapi syarikat operasi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia