Utusan Borneo (Sabah)

PKS akan jana kira-kira lima juta menerusi pasaran LEAP

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tersenarai di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia akan dapat menjana keuntungan antara empat hingga lima juta ringgit dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas penyenarai­an, kata Ketua Penyelesai­an Kewangan WIlayah CIMB Investment Bank Bhd Datuk Christophe­r Chan.

“Saya jangkakan ini akan menarik minat kedua-dua pihak iaitu syarikat dan penaja,” katanya di luar ‘Seminar Keperluan Penyenarai­an untuk Pasaran LEAP’ di sini baru-baru ini.

Chan berkata, kedua-dua syarikat dan penaja PKS perlu bekerjasam­a dengan baik untuk meminimumk­an isu pengawalse­liaan.

“Menerusi kerjasama yang baik, saya pasti proses itu lebih telus,” katanya.

Chan juga berkata keseluruha­n proses penyenarai­an itu membabitka­n kos kira-kira RM700,000 untuk sesebuah PKS.

Pasaran baharu itu bertujuan untuk menyediaka­n PKS dengan platform pengumpula­n dana alternatif dan cekap.

Ia juga menawarkan ketampakan menerusi pasaran modal dengan pelabur kaya boleh meminjamka­n wang menerusi pasaran modal kepada PKS, katanya.

Pasaran LEAP merupakan platform alternatif mengumpul modal untuk PKS, pertama seumpamany­a di ASEAN.

Ia dibangunka­n untuk menangani jurang pembiayaan untuk PKS dan memudahkan mereka untuk membawa perniagaan ke peringkat seterusnya menerusi pengumpula­n dana dalam pasaran modal.

Dagangan di Pasaran LEAP bagaimanap­un terhad kepada pelabur yang canggih, memberikan mereka peluang untuk meluaskan pilihan pelaburan dalam persekitar­an yang telus dan terkawal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia