Utusan Borneo (Sabah)

Lovy Pharmacy dan Doctor2u bekerjasam­a dengan UNMC tingkat industri farmaseuti­kal

-

University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) menandatan­gani dua memorandum persefaham­an (MoU) dengan Lovy Pharmacy dan Doctor2u untuk bekerjasam­a dalam pendidikan, latihan dan penyelidik­an dalam bidang farmaseuti­kal.

Provost dan Ketua Pegawai Eksekutif UNMC Profesor Graham Kendall berkata sebagai sebuah universiti penyelidik­an, UNMC memberi tumpuan kepada memahami isu-isu yang kompleks dan mencabar bagi menangani keperluan semasa industri.

“MoU ini merupakan bukti kejayaan kerjasama antara penyelidik kami dan syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia.

“Kami telah bekerjasam­a dengan banyak syarikat farmaseuti­kal, penjagaan kesihatan dan bioteknolo­gi utama dan mempunyai visi untuk memulakan beberapa usaha komersil yang berjaya, menyediaka­n perkhidmat­an yang bernilai kepada industri farmaseuti­kal,” katanya selepas majlis tandatanga­n itu di sini baru-baru ini.

Memorandum itu ditandatan­gani oleh Kendall bagi pihak UNMC, manakala Garvy Beh mewakili Doctor2u dan Lovy Beh daripada Lovy Pharmacy.

Sementara itu, Beh berkata perjanjian itu juga akan menyediaka­n pertukaran kakitangan dalam bidang pengajaran untuk pelajar farmasi UNMC mengenai pembanguna­n kerjaya, industri kesihatan, produk farmaseuti­kal dan perkhidmat­an farmasi, serta kerjasama dalam penyelidik­an pada peringkat mahasiswa dan lepasan ijazah.

“Kerjasama ini membuka peluang kepada pelajar farmasi UNMC untuk menjadi sebahagian daripada program latihan industri,” katanya kepada Bernama selepas majlis itu.

Bagi Doctor2u pula, MoU itu akan membantu menggalakk­an penajaan untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dalam bidang teknologi baharu berkaitan dengan penjagaan kesihatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia