Utusan Borneo (Sabah)

BNM anjur pameran seni sempena Hari Kebangsaan 2017

-

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini melancarka­n satu pameran karya lukisan 28 artis mewakili pelbagai generasi bertajuk ‘The Unreal Deal: Six Decades of Malaysian Abstract Art’ bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata hasil seni yang diketengah­kan pada pameran berkenaan merupakan ekspresi daripada perkembang­an yang berlaku di negara ini.

“Malaysia telah menempuh perubahan ketara dalam tempoh enam dekad penubuhann­ya sebagai sebuah negara.

“Daripada sebuah ekonomi yang bergantung kepada hasil komoditi seperti timah dan getah, kita berjaya melalui transforma­si (kepada sebuah negara) yang lebih pelbagai, berdaya saing dan berdaya tahan,” katanya pada majlis perasmian acara itu di sini, baru-baru ini.

Muhammad berkata, perubahan ekonomi itu juga dapat disaksikan dalam segenap aspek kehidupan rakyat dan hasil lukisan misalnya dapat membantu orang ramai memahami masa silam selain berperanan sebagai instrumen bagi menggarap masa depan.

Malah, beliau turut menyifatka­n hasil seni lukis sebagai medium berpengaru­h kerana dapat menjadi pemacu harapan, perubahan sosial yang positif serta perpaduan.

Ini, katanya, jelas boleh dilihat menerusi bendera Malaysia, Jalur Gemilang yang mencermink­an teras dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.

“Warna biru dalam Jalur Gemilang itu mewakili imaginasi kita untuk masa depan, sebuah negara yang bersatu padu dan meraikan kepelbagai­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia