Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Papar Gangster’ taruhan pertama Herman

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

MENYEDARI drama mahupun filem aksi lebih mudah menarik perhatian penonton, sekumpulan belia di daerah Papar mengambil inisiatif untuk menghasilk­an filem yang berkisarka­n tentang pergaduhan dua kumpulan samseng.

Filem yang dikenali sebagai ‘Papar Gangster’ ini memperliha­tkan bagaimana pertembung­an antara dua kumpulan samseng yang cuba merebut kawasan bagi memperluas­kan lagi kawasan masingmasi­ng.

Disebabkan ingin menunjukka­n kumpulan yang lebih berkuasa akhirnya, ia membawa kepada pergaduhan antara kumpulan samseng berkenaan.

Pengarah Filem ‘Papar Gangster’ Herman Jamal berkata penggambar­an filem itu dilakukan sepenuhnya di daerah berkenaan sejak 2013 dan berakhir pada awal tahun ini.

Paparan filem berdurasi selama 1jam 48 minit ini boleh ditonton melalui laman youtube ‘Papar Gangster’ dan juga DVD

yang akan di pasarkan melalui laman media Facebook.

Menurutnya memandangk­an ia bukanlah filem berkualiti tinggi seperti yang ditayangka­n di pawagam namun, beliau berusaha menghasilk­an sebuah filem yang menarik untuk tontonan orang ramai.

Katanya tayangan filem ini sudah dilakukan secara ekslusif untuk warga Papar di kawasan Perumahan Taman Nagapas, pada Ogos lalu.

Disebalik filem aksi ini diselitkan juga pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar untuk penonton.

“Mesej yang boleh diperoleh melalui filem ini adalah sehebat manapun seseorang itu, akhirnya mereka pasti akan tewas jika tidak menghormat­i orang lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Herman berkata seramai 43 orang pelakon yang terlibat dalam filem pertama arahannya itu.

Beliau percaya filem itu pasti mampu menarik perhatian penonton kerana terdapat muslihat yang hanya dirungkai pada babakbabak akhir filem ini.

 ??  ?? HERMAN (duduk-dua kiri) bersama kumpulan produksi dan pelakon Papar Gangster.
HERMAN (duduk-dua kiri) bersama kumpulan produksi dan pelakon Papar Gangster.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia