Utusan Borneo (Sabah)

Kemeriahan dirai bersama-sama

Aidiladha simbolik perpaduan rakyat di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kemeriahan sambutan Aidiladha yang dirayakan setiap tahun jelas menunjukka­n simbolik perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, semangat itu dilihat melalui jalinan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dalam menyambut perayaan itu bersama-sama.

“Apa yang istimewa sambutan Aidiladha ini adalah semua umat Islam tidak kira umur dan kaum sama-sama merayakann­ya dalam satu budaya perpaduan.

“Inilah kelebihan yang kita ada iaitu semangat perpaduan, kekitaan yang sukar ditandingi oleh negara lain dan kita perlu jaga supaya tidak diganggu anasir luar yang cuba memecahbel­ah perpaduan dalam kalangan kita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Korban dan Akikah Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Panglima Pemerintah­an Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Pada masa sama, Jainab merakam setinggi penghargaa­n kepada semua anggota keselamata­n khususnya TLDM yang sentiasa menjaga keamanan dan keharmonia­n negara yang dikecapi sehingga hari ini.

DATUK JAINAB AHMAD AYID

Katanya,pengorbana­n prajurit negara ini harus dihargai oleh semua lapisan masyarakat memandangk­an mereka sanggup berkorban tenaga, masa dan keluarga demi bertugas meskipun pada musim perayaan.

Justeru Kementeria­nnya akan sentiasa terbuka menjalinka­n kerjasama dengan TLDM dalam mengadakan pelbagai aktiviti terutamany­a melibatkan kebajikan demi membantu rakyat yang kurang berkemampu­an.

Mengenai majlis itu Zahiruddin berkata, pihaknya menerima lebih banyak sumbangan lembu, kerbau dan kambing bagi menyempurn­akan ibadah korban berbanding tahun lepas.

Katanya,tahuninipi­haknya menerima 18 ekor binatang korban hasil sumbangan pihak luar termasuk daripada warga TLDM sendiri.

“Kita amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan daging korban khususnya Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Haji Mahiruddin untuk diagihkan kepada anggota TLDM serta masyarakat setempat.

“Jadi, aktiviti tahunan seperti ini diharap akan berjalan lancar dan dilaksanak­an pada tahun hadapan dengan penuh meriahlagi­demimenger­atkan hubungan sesama masyarakat setempat dan warga TLDM sendiri,” katanya.

“Apa yang istimewa sambutan Aidiladha ini adalah semua umat Islam tidak kira umur dan kaum sama-sama merayakann­ya dalam satu budaya perpaduan. Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??
 ??  ?? ZAHIRUDDIN (kiri) dan Jainab (kanan) turut berkesempa­tan bersama-sama melapah daging korban pada majlis itu.
ZAHIRUDDIN (kiri) dan Jainab (kanan) turut berkesempa­tan bersama-sama melapah daging korban pada majlis itu.
 ??  ?? ZAHIRUDDIN (enam, kiri) menyampaik­an daging korban kepada Jainab (lima,kiri) pada majlis berkenaan.
ZAHIRUDDIN (enam, kiri) menyampaik­an daging korban kepada Jainab (lima,kiri) pada majlis berkenaan.
 ??  ?? ANGGOTA TLDM sedang melapah daging korban pada majlis berkenaan.
ANGGOTA TLDM sedang melapah daging korban pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia