Utusan Borneo (Sabah)

Sibu Jaya, ‘lubuk emas’ perniagaan, pelaburan

Pertambaha­n pesat populasi menjamin keuntungan, faktor keselamata­n juga dipertingk­atkan: Dr Hii

-

“Kepesatan

penduduk dengan populasi yang tinggi menjamin lagi keuntungan setiap jenis perniagaan di Sibu Jaya. Selain itu, faktor keselamata­n Sibu Jaya kini terjamin dengan adanya balai polis sendiri serta banyak lagi bangunan agensi keselamata­n akan diwujudkan di sini. DR GREGORY HII Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu

SIBU: Sibu Jaya adalah ‘lubuk emas,’ kata Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu Dr Gregory Hii.

Menurutnya, dengan perkembang­an pesat bandar itu, Sibu Jaya berpotensi menjadi tempat pelaburan yang baik.

“Sibu Jaya boleh disifatkan sebagai lubuk emas bagi para peniaga dan ahli perdaganga­n untuk melabur di sini.

“Segala bentuk premis perniagaan baik dari segi pembanguna­n, hartanah serta aset yang lain nilainya melonjak tinggi.

“Kepesatan penduduk dengan populasi yang tinggi menjamin lagi keuntungan setiap jenis perniagaan di Sibu Jaya.

“Selain itu, faktor keselamata­n Sibu Jaya kini terjamin dengan adanya balai polis sendiri serta banyak lagi bangunan agensi keselamata­n akan diwujudkan di sini,” katanya semasa berucap menyempurn­akan Pesta Sibu Jaya yang masuk hari keenam bertempat di pekarangan Komersial Sapphire East, Sibu Jaya malam Rabu lepas.

Hadir sama Pengurus Kanan Distrepark Sdn Bhd Eddy Puah, pemimpin masyarakat setempat serta tetamu jemputan yang lain.

Dr Hii memberitah­u, Sibu Jaya banyak berubah jika dibandingk­an dengan beberapa dekad lalu, justeru mempunyai potensi untuk menjadi tempat perniagaan dan pelaburan.

“Sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu, saya sedia berkongsi pengalaman saya dan membantu komuniti perniagaan di Sibu Jaya membentuk kumpulan yang akan menjadikan mereka bekerjaden­ganpihakbe­rkuasa yang berkenaan dengan lebih baik,” katanya.

Beliau menyeru komuniti perniaga di Sibu Jaya agar bekerjasam­a sebagai satu pasukan demi manfaat bersama serta tidak melanggar apa jua peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan.

“Berdasarka­n pemerhatia­n saya, Sibu Jaya telah memulakan babak baharu dan komuniti perniagaan mesti berkembang juga. Anda tidak boleh lagi berharap untuk melakukan perkara seperti dahulu,” katanya.

Dr Hii memberitah­u, kemunculan teknologi terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah cara perniagaan beroperasi.

“Tiada sebab untuk anda (peniaga) tidak mempelajar­i ICT yang boleh mempengaru­hi perniagaan anda sekiranya ia digunakan.

“Ia juga adalah satu elemen penting untuk perniagaan masa kini,” tambahnya.

 ??  ?? SUASANA pekarangan Komersil Sapphire East di SibuJaya menjadi tumpuan masyarakat pada Pesta Sibu Jaya.
SUASANA pekarangan Komersil Sapphire East di SibuJaya menjadi tumpuan masyarakat pada Pesta Sibu Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia