Utusan Borneo (Sabah)

Pengertian korban dikongsi dengan bukan Islam

-

LONG LAMA: Pengertian ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha diraikan pada Jumaat turut dikongsi bersama masyarakat bukan Islam di konstituen­si Telang Usan.

Terdiri pelbagai etnik, mereka diajak menyaksika­n kerja-kerja penyembeli­han haiwan korban dikendalik­an masyarakat Islam di Masjid Darusalam Long Lama.

Daging tiga kerbau yang disembelih turut diagihkan kepada lebih 200 tetamu bukan Islam sementara lebih 100 bungkus daging disedekahk­an kepada penduduk Islam sekitar Long Lama.

Hadir sama menyaksika­n ibadah korban dan mengagihka­n daging korban ituialahAh­liDewanUnd­angan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau.

PengerusiM­asjidDarus­alam Long Lama, Datuk Abu Bakar Abdullah berharap penganjura­n majlis itu dapat meningkatk­an pemahaman masyarakat bukan Islam tentang ibadah korban yang dilaksanak­an setiap tahun.

Ketika Ramadan lalu, jawatankua­sa masjid dengan kerjasama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Telang Usan turut menyediaka­n hidangan bubur lambuk dan berbuka puasa bersama masyarakat bukan Islam.

“Usaha kita bukan hanya semasa Hari Raya Korban dan bulan Ramadan. Pada bulan depan kita menganjurk­an majlis malam mesra pelbagai agama bersama kaum-kaum lain di Telang Usan khasnya di kawasan Long Lama,” jelasnya.

Dennis berharap aktiviti seperti itu terus dianjurkan bukan sahaja meningkatk­an pemahaman rakyat tentang kebudayaan dan kepercayaa­n kaum lain tetapi semangat tolenrasi dan perpaduan kaum.

“Walaupun jauh di pedalaman, penduduk Telang Usan terus berkongsi dan meraikan perayaan bagi melambangk­an persefaham­an dan perpaduan,” katanya.

Ini merupakan aktiviti kali keenam jawatankua­sa masjid tersebut menganjurk­an aktiviti pengagihan daging korban kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Long Lama.

Dennis percaya pengertian mendalam ibadah korban mengajak semua penduduk mengukuhka­n semangat penyatuan dan kerjasama memastikan keharmonia­n dan keamanan kaum dan negeri ini terus terpelihar­a.

 ??  ?? DENNIS (kanan) mengagihka­n daging korban kepada salah seorang penduduk disaksikan Abu Bakar (kanan Dennis) pada majlis pengagihan di Masjid Darusalam Long Lama.
DENNIS (kanan) mengagihka­n daging korban kepada salah seorang penduduk disaksikan Abu Bakar (kanan Dennis) pada majlis pengagihan di Masjid Darusalam Long Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia