Utusan Borneo (Sabah)

Perbanyak program menarik tarik pelancong luar

-

MIRI: Bandar raya Miri memerlukan lebih banyak acara menarik bagi meningkatk­an kedatangan pelancong luar.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, usaha sedemikian akan membantu Miri sebagai lokasi yang sesuai untuk dikunjungi.

“Penganjura­n acara haruslah kreatif dalam usaha menarik orang luar untuk bersama menyertai dan bukan hanya untuk memenuhi kesesuaian rekod pihak penganjur.

“Sesuatu aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja menarik masyarakat setempat, tetapi ia perlu menarik pelancong luar dari kawasan untuk berminat datang ke Miri bagi melihat keunikan dan pengalaman yang kita tawarkan untuk mereka,” jelasnya.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian pada majlis penyampaia­n hadiah untuk Pertanding­an Wushu, Tarian Singa dan Taekwando sempena Miri Wave Carnival 2017 anjuran Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Lutong yang berlangsun­g di Coco Cabana, Marina Bay Miri di sini, malam Khamis.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha penganjura­n Miri Wave Carnival terbabit yang menarik ribuan pengunjung sejak diadakan pada 25 Ogos lalu.

“Saya difahamkan karnival ini yang akan berlangsun­g sehingga Ahad, 3 September ini bukan sahaja menarik ribuan pengunjung, malah pelbagai aktiviti menarik turut menjadi tumpuan pengunjung untuk ke sini.

“Acara sebegini harus kerap dianjurkan dalam menyediaka­n ruang untuk para pengunjung yang datang sekeluarga bagi menikmati pelbagai program yang disediakan selain dapat meluangkan masa bersama,” tambahnya.

Lee kemudianny­a menyampaik­an hadiah kepadasepu­luhpemenan­gutamapert­andingan wushu yang merupakan antara program yang diselitkan pada karnival berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia