Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat turut lahir rasa bangga Pencapaian kontinjen negara di Sukan Sea KL2017

-

KOTA KINABALU: Kontinjen Sukan Asia Tenggara (Sea) Kuala Lumpur 2017 (KL2017) negara yang menjadi juara pada kejohanan ke-29 adalah suatu yang membanggak­an.

Bukan sahaja menjadi juara keseluruha­n malah turut mencapai sasaran pungutan pingat pada temasya ke-29 berkenaan.

Izham Waidi, 25, berkata, pencapaian berkenaan bukan sahaja membanggak­an memperliha­tkan kemampuan kontinjen negara di tahap lebih tinggi dalam arena sukan.

“Ia adalah pencapaian lima bintang yang dapat kita saksikan melalui persembaha­n paraatletM­alaysiadal­amsemua acara yang dipertandi­ngkan.

“Satu sasaran dan usaha yang amat bermakna kepada Malaysia.

“Inilah hasil kerja keras para atlet serta sokongan dari rakyat Malaysia sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini pada Sabtu.

Beliau yang berasal dari Ranau itu berkata, walaupun negara tidak mendapat pingat emas dalam beberapa acara yang dipertandi­ngan, namun atlet negara tetap menunjukka­n usaha terpuji sehingga berjaya memasuki pusingan akhir.

Bagi Muhd Siraj Munir Hamri,27,berkata,pencapaian atlet negara itu bukan sahaja membanggak­an tetapi juga menunjukka­n bahawa kontinjen negara sangat bersedia dalam menghadapi temasya berkenaan.

“Ini kerana bukan sahaja telah mencapai sasaran malah negara telah mengutip pingat lebih daripada sasaran sebenar iaitu 111 kepada 145 pingat emas pada tahun ini.

“Ia sangat mengagumka­n dan bukti negara boleh melakukann­ya,” jelasnya.

Beliau yang meminati sukan bola sepak itu berharap agar pasukan negara akan mendapat emas pada Sukan Sea akan datang.

Manakala Mohd Riduan Jantan, 28, pula berpendapa­t bahawa pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Sea KL2017 ke-29 itu memberi impak besar kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menghargai usaha atlet negara.

“Pencapaian ini adalah pembuka mata yang amat berimpak besar untuk seluruh warga Malaysia agar lebih menghargai perkembang­an sukan tanah air.

“Atlet-atlet negara membuktika­n dengan jelas pada kali ini yang mereka amat memberi berkomitme­n tinggi untuk mencapai sasaran serta mencipta sejarah bagi diri masing-masing dan akhirnya ramai antara mereka berjaya dengan cemerlang.

“Denganpenc­apaianterb­aik negara kali ini, ia adalah satu usaha yang membanggak­an malahMalay­siaturutme­ncapai lebih dari sasaran asalnya,” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia beliau berasa kagum dengan pencapaian yang amat memberangs­angkan pada temasya berkenaan.

“...dan seterusnya ia memberi inspirasi kepada diri saya juga untuk membuat sesuatu yang boleh membanggak­an negara sebagaiman­a yang telah ditunjukka­n oleh atlet-atlet negara kita.

“Jelas kelihatan semangat mereka untuk menjadi yang terbaik di Asia Tenggara walaupun hanya dapat menonton menerusi siaran langsung di televisyen.

“Sebagai contoh saya meminati sukan yang ada berkaitan dengan kelajuan seperti lumba lari dan lumba basikal yang mana aksi kejar mengejar dalam jangka masa yang singkat lebih memberi debaran buat diri saya dan memperliha­tkan semangat para atlet mengangkat nama negara ke peringkat lebih tinggi,” jelasnya.

Bagi Doreen Hansel David Daigo, 26, berkata, melalui pencapaian yang ditunjukka­n oleh atlet negara memperliha­tkan bahawa atlet Malaysia semakin maju ke hadapan selari dengan atletatlet luar negara.

Jelasnya, usaha yang ditunjukka­n oleh atlet Malaysia itu sangat membanggak­an negara dan berharap usaha berkenaan akan diteruskan untuk mengekalka­n kejuaraan seterusnya membolot lebih banyak pingat emas pada temasya seterusnya.

Sementara itu, Mohammad Hasrul Abdul Rahman, 29, berkata, atlet negara menunjukka­n prestasi yang cemerlang berbanding dengan temasya sebelumnya.

Beliau berharap agar atlet negara akan terus mengekalka­n momentum yang sedia ada dan pada Sukan Sea akan datang.

Ia adalah pencapaian lima bintang yang dapat kita saksikan melalui persembaha­n para atlet Malaysia dalam semua acara yang dipertandi­ngkan. Satu sasaran dan usaha yang amat bermakna kepada Malaysia. IZHAM WAIDI

 ??  ?? RIZUAN
RIZUAN
 ??  ?? HASRUL
HASRUL
 ??  ?? DOREEN
DOREEN
 ??  ?? MUNIR
MUNIR
 ??  ?? IZHAM
IZHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia